Menteri Luar China buat lawatan pertama ke Afghanistan

- Advertisement -

KABUL: Menteri Luar China, Wang Yi tiba di Kabul pada Khamis (24 Mac), seminggu sebelum Beijing menjadi tuan rumah kepada pertemuan dengan Afghanistan untuk melihat bagaimana mereka boleh membantu negara itu susulan pengambilalihan tampuk pemerintahan oleh Taliban.

“Menteri Luar China tiba di Kabul untuk berbincang dengan pemimpin Emiriah Islam,” tweet pegawai tinggi kerajaan Taliban, Ahmad Yasir. 

- Advertisement -

Yi tiba di Kabul dari Islamabad, Pakistan di mana beliau menghadiri mesyuarat dua hari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

China yang berkongsi sempadan sejauh 76 kilometer dengan Afghanistan sudah lama berusaha menjalinkan hubungan dengan negara jirannya itu, sebelum pengambilalihan pada 15 Ogos tahun lalu oleh Taliban selepas pengunduran AS. – AFP

- Advertisement -