Korea Utara lancar ujian ‘peluru berpandu raksasa’: Sedia konfrantasi lama dengan AS

Kim Jong-un (tengah) berjalan melintasi landasan di hadapan peluru berpandu raksasa, Hwasong-17 di Pyongyang, Korea Utara pada 25 Mac, 2022. (FOTO KCNA)
- Advertisement -

PYONGYANG: Korea Utara berkata ia telah menguji peluru berpandu balistik antara benua  (atau ICBM) terbesarnya, Hwasong-17 di bawah arahan dan pemantauan pemimpin Kim Jong-un, yang berikrar untuk memperluaskan teknologi  ‘pencegah pertahanan nuklear’ di negara itu sambil bersiap untuk ‘konfrontasi dalam tempoh yang lama’ dengan Amerika Syarikat.

Kim secara peribadi menyelia ujian penembakan ‘ciptaan baharu’ ICBM negara itu untuk meningkatkan pencegah pertahanan nuklearnya terhadap ‘imperialis AS’, lapor media kerajaan  Korea, KCNA pada Jumaat (25 Mac).

- Advertisement -

Menurut laporan KCNA, pelancaran Hwasong-17 yang dilakukan pada Khamis (24 Mac) itu adalah kali pertama Pyongyang  pada jarak penuh sejak  tahun 2017, dan ia  telah ditembak lebih tinggi dan lebih jauh daripada mana-mana ICBM sebelum ini yang diuji oleh negara itu.

“Pelancaran ujian ‘peluru berpandu balistik antara benua jenis baharu’ Hwasong-17 itu  telah dijalankan di bawah ‘panduan secara langsung’ oleh pemimpin Kim Jon-un,” lapor KCNA.

Media kerajaan Korea Utara itu turut memaparkan gambar Kim yang memakai jaket kulit hitam dan bercermin mata hitam gelap, berjalan melintasi landasan di hadapan Hwasong-17.

“Peluru berpandu itu, yang dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang, bergerak sehingga ketinggian maksimum 6,248.5 kilometer dan terbang sejauh 1,090 km dalam tempoh 4,052 saat sebelum tepat mengenai kawasan yang telah ditetapkan di perairan terbuka” di Laut Jepun,” lapor KCNA.

Peluru berpandu yang  mendarat di perairan wilayah Jepun telah mencetuskan kemarahan dari Tokyo, tetapi KCNA berkata, pelancaran itu telah dilakukan ‘dalam mod pelancaran menegak dengan mengambil kira keselamatan negara jiran (Jepun)’.

Hwasong-17 ialah ICBM gergasi yang pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2020 dan digelar sebagai ‘peluru berpandu raksasa’ oleh penganalisis. Ia sebelum ini tidak pernah berjaya diuji, dan pelancaran itu mencetuskan kemarahan daripada AS dan negara-negara  jiran Pyongyang.

“ICBM Korea Utara merupakan peluru berpandu bahan api cecair terbesar yang pernah dilancarkan oleh mana-mana negara daripada pelancar mudah alih jalan raya,” kata penganalisis.

Dalam pada itu Kim menurut laporan KCNA, menegaskan  bahawa senjata baharu itu akan ‘melaksanakan misi dan tugasnya sebagai penghalang perang nuklear besar’.

“Dia (Kim) berkata dengan bangga bahawa kemunculan senjata strategik baharu itu akan menjadikan seluruh dunia sekali kali sedar dengan jelas tentang kuasa angkatan bersenjata strategik Korea Utara,” lapor KCNA.

KCNA berkata bahawa kejayaan ujian penembakan Hwasong-17 bermakna Korea Utara bersedia untuk konfrontasi jangka panjang dengan Amerika Syarikat.

“Kim berkata negaranya kini mempunyai ‘keupayaan ketenteraan dan teknikal yang menggerunkan yang tidak terganggu oleh sebarang ancaman dan pemerasan tentera (negara lain)’ dan akan ‘bersedia sepenuhnya untuk konfrontasi lama dengan imperialis AS’, lapor KCNA.

Pada 2019, ujian jarak jauh senjata nuklear telah dihentikan Korea Selatan sejak Kim bertemu presiden AS ketika itu, Donald Trump.

Namun Pyongyang pada awal tahun ini mengeluarkan amaran bahawa  ia boleh meninggalkan moratorium yang dikenakan sendiri ke atas ujian sedemikian, dengan  AS dan Korea Selatan  pula telah memberi amaran pada bulan ini bahawa Pyongyang sedang bersedia untuk melancarkan ICBM pada jarak penuh.

Korea Utara telah lama mengidamkan ICBM yang boleh membawa pelbagai kepala peledak dan, dengan Seoul dan Washington berkata, PyongYang  telah menguji Hwasong-17 di bawah perlindungan membangunkan ‘satelit peninjau’.

Namun, pelancaran ICBM baharu Korea Selatan muncul g pada masa yang sukar untuk rantau ini terutama konflik di Ukraine, dengan Korea Selatan pula  melalui peralihan presiden sehingga Mei, dan AS terganggu dengan serangan Rusia ke atas Ukraine. – TRT World dan agensi

- Advertisement -