Pelajar global protes seru universiti boikot syarikat sokong Israel

Pelajar di seluruh dunia mengadakan tunjuk perasaan bagi menyeru universiti tempat mereka belajar untuk menarik semula pelaburan dalam syarikat-syarikat yang dimiliki Israel. (FOTO Friends of Al-Aqsa)
- Advertisement -

LONDON: Pelajar universiti di seluruh dunia mengadakan tunjuk perasaan di kampus masing-masing, menyeru universiti mereka untuk menarik balik pelaburan dalam syarikat yang terlibat dalam jenayah perang dan dasar aparteid Israel.

Protes diadakan di lebih 70 universiti pada Rabu (23 Mac), dengan pelajar juga menghantar surat kepada naib canselor mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif, yang dianjurkan oleh Friends of Al-Aqsa (FOA) yang berpangkalan di United Kingdom, sebuah organisasi bukan keuntungan yang prihatin dengan mempertahankan hak asasi manusia Palestin dan melindungi Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

- Advertisement -

Menggunakan hashtag #Divest4Palestine di media sosial, pelajar-pelajar berkenaan menyeru universiti mereka untuk memboikot pelaburan dalam syarikat termasuk Rolls-Royce, BAE Systems, HP dan Booking.com.

“Rolls-Royce dan BAE menghasilkan senjata yang digunakan untuk menyerang rakyat Palestin yang tinggal di bawah sekatan di Gaza, dan HP menyediakan teknologi yang digunakan di pusat pemeriksaan Israel.

“Booking.com mengiklankan penginapan di penempatan haram Israel, di atas tanah yang dicuri daripada rakyat Palestin,” ujar FOA dalam satu kenyataan.

Pelajar di Universiti Warwick di UK, Sima berkata bahawa sebagai pelajar di  Warwick, mereka  terkejut kerana wang dari kampus tersebut digunakan untuk mengekalkan negara apartheid, dan meminta naib canselor untuk ‘melupuskan’ syarikat berkenaan tanpa teragak-agak. 

Sementara, pelajar di Universiti Nottingham, Manal pula mempersoalkan: “Bagaimanakah naib canselor universiti kami boleh fikir ia suatu perkara yang boleh diterima untuk melabur wang dalam syarikat yang terlibat dalam jenayah perang? 

“Terdapat banyak perbincangan mengenai ‘menyahjajah’ (decolonize), tetapi kita perlu melihat beberapa perubahan sebenar jika ini benar-benar akan berlaku.”

Ketua Hal Ehwal Awam FOA,  Shamiul Joarder pula menegaskan, kerajaan Britain pada masa ini cuba menyekat kebebasan kita untuk memboikot, melepaskan diri dan memberi sanksi kepada Israel (BDS), tetapi kempen #Divest4Palestine menunjukkan bahawa pelajar dan ahli akademik, bersama-sama dengan warga British semakin meningkat dalam menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai toleransi terhadap komplikasi dalam jenayah perang dan  dasar apartheid Israel.

Inisiatif FOA itu adalah sebahagian daripada Hari Tindakan Antarabangsa, yang turut menyaksikan 25 ahli akademik menandatangani surat terbuka kepada universiti di seluruh dunia bagi menyokong perjuangan #Divest4Palestine bermula Rabu (23 Mac).

Surat terbuka itu diselaraskan oleh FOA dan gabungan persatuan pelajar universiti UK. Ia juga ditandatangani oleh aktivis Palestin, Mohammed El-Kurd. – Arab News

- Advertisement -