Harga jualan kediaman bandar: Monaco termahal, Singapura kelima di dunia

Penthouse Le Tour Odéon di La Rousse, Monaco bernilai AS$335 juta, antara yang termahal di dunia.
- Advertisement -

SINGAPURA: Monaco kekal menduduki tempat pertama dalam senarai pasaran kediaman bandar paling mahal untuk membeli hartanah utama, sementara Singapura kini meraih tempat lima dalam senarai tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Knight Frank Wealth Report 2022, pasaran kediaman mewah di seluruh dunia mengambil peluang keemasan daripada musim panas 2021 apabila rumah mewah menjadi aset pilihan golongan individu ultra tinggi (UHNWI) dari segi kekayaan.

- Advertisement -

Nilai Indeks Kediaman Knight Frank Prime (PIRI 100) meningkat sebanyak 8.4 peratus pada 2021, penambahan daripada hanya di bawah 2 peratus pada 2020.

Indeks itu menjejaki 100 pasaran kediaman, yang mana 35 peratus menunjukkan kejutan menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus atau lebih. Hanya tujuh pasaran kediaman menyaksikan penurunan harga pada tahun 2021.

Dari segi peningkatan paling mendadak dalam senarai berkenaan, Dubai menduduki tempat pertama, dengan harga utama melonjak sebanyak 44 peratus. Moscow menduduki tempat kedua dengan 42.4 peratus dan San Diego di tempat ketiga dengan 28.3 peratus.

Pasaran hartanah di Singapura naik harga dan semakin mengecilkan jurang dengan saingan terdekatnya, New York.

Di Singapura pula, harga kediaman mewah meningkat sebanyak 3.5 peratus. Dalam ranking bandar paling mahal untuk membeli hartanah, Singapura berada di tempat kelima, dengan AS$1 juta (S$1.4 juta) diperlukan untuk membeli kediaman pada keluasan 35.4 meter persegi.

Pada 2020, Singapura menduduki tempat keenam dengan AS$1 juta diperlukan untuk membeli hartanah utama pada keluasan hanya 36 meter persegi. Kini, ia  perlahan-lahan mengecilkan jurang berbanding New York (33.3 meter persegi).

Monaco mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam senarai tersebut iaitu AS$1 juta perlu dibayar untuk kediaman seluas hanya 14.6 meter persegi. 

Hong Kong pula menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut pada keluasan 21.3 meter persegi, manakala London di tempat ketiga teratas dengan keluasan 30.6 meter persegi.

“Bagi individu yang membeli kediaman mewah dengan nilai sebenar, destinasi pasaran baharu muncul adalah pilihan yang sesuai,” ujar kenyataan Knight Frank Wealth Report 2022.

Kondominium tepi pantai mewah di Palm Jumeirah, Dubai.

Kenyataan itu berkata, di Dubai, AS$1 juta diperlukan untuk membeli  kediaman yang hampir tiga kali lebih banyak ruang (137 meter persegi) berbanding di Singapura, manakala di Cape Town (220 meter persegi), pembeli boleh mendapat kediaman sepuluh kali lebih banyak ruang pada harga tersebut berbanding di Hong Kong.

Berikut senarai 20 bandar paling mahal di dunia dari segi pembelian hartanah yang boleh dibeli dengan kos AS$1 juta, berbanding keluasan hartanah berkenaan dalam meter persegi:

1.Monaco (14.6)

2. Hong Kong (21.3)

3. London (30.6)

4. New York (33.3)

5. Singapura (35.4)

6. Geneva (37.1)

7. Sydney (41.4)

8. Shanghai (42.0)

9. Los Angeles (42.2)

10. Paris (42.3)

11. Beijing (55.8)

12. Tokyo 64.3

13. Berlin (73.0)

14. Miami (77.4)

15. Melbourne (84.3)

16. Madrid (105.5)

17. Mumbai (108.1)

18. Dubai (136.5)

19. Cape Town (219.5)

20. Sao Paulo (256.3)

- Advertisement -