Kelantan biak semula spesies kijang

- Advertisement -

Oleh ZULKIFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membina Taman Haiwan di Jeram Mengaji dekat sini membabitkan kawasan seluas 40 hektar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata daripada jumlah itu 10 hektar disedia bagi menempatkan spesies kijang.

- Advertisement -

“Selebihnya akan menempatkan pelbagai haiwan seperti rusa, seladang, kerbau, kambing gunung dan beberapa jenis lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Riadah Mini Endurance Jeram Mengaji di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industti Makanan II (MAFI) Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Tuan Mohd Saripudin juga berkata, projek berkenaan sedang giat dilaksanakan sekarang dengan membina pagar serta aliran air keluar masuk.

Menurutnya juga kerajaan negeri memberi penekanan terhadap pembiakan spesies kijang kerana haiwan itu sebagai lambang kebesaran kerajaan Kelantan yang diwarisi sejak turun temurun.

“Generasi sekarang yang tidak lagi mengenali kijang. Ini menyebabkan usaha itu perlu diketengahkan,” katanya.

Beliau juga berkata, usaha itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Jeram Mengaji yang kini semakin dikenali ramai. – HARAKAHDAILY 26/1/2022

- Advertisement -