Kementerian haji tetapkan selang masa 10 hari antara dua umrah

Jemaah haji yang mendapat permit menunaikan umrah kini boleh menempah temu janji untuk umrah kedua melalui aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna pada penghujung tempoh 10 hari yang ditetapkan selepas menunaikan Umrah pertama.
- Advertisement -

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menetapkan tempoh 10 hari antara pengeluaran dua permit umrah untuk jemaah semua peringkat umur.

Melalui akaun Twitternya, Saudi Gazette, Kementerian itu berkata, jemaah haji yang mendapat permit untuk mengerjakan umrah boleh menempah temu janji untuk umrah kedua melalui aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna pada penghujung tempoh 10 hari yang ditetapkan selepas menunaikan umrah pertama. 

- Advertisement -

Menurut kenyataan tersebut, ia adalah sebagai pelaksanaan semula langkah berjaga-jaga dan protokol pencegahan terhadap Covid-19 seperti memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah susulan lonjakan kes jangkitan terutamanya penularan varian Omicron yang semakin berleluasa.

Kementerian berkenaan sebelum ini telah menetapkan tempoh 15 hari antara pelaksanaan dua jemaah umrah tetapi membatalkannya pada Oktober 2021 setelah ia melonggarkan sekatan termasuk membenarkan had kapasiti penuh untuk jemaah berusia 12 tahun ke atas bagi menunaikan solat di kedua-dua masjid suci berkenaan dan menziarahi Raudhah di Masjid Nabawi.

Terdahulu juga, pihak berkuasa Arab Saudi telah menarik balik semua sekatan berkaitan Covid-19 dan mula membenarkan pelaksanaan umrah dan solat di dua masjid suci berkenaan dan lawatan ke Al-Rawda Sharif di Masjid Nabawi untuk kapasiti penuh berkuat kuasa mulai 17 Oktober 2021. 

Sehubungan itu, semua jemaah dalam dan luar negara yang berumur 12 tahun ke atas dan mempunyai status kesihatan yang berdaftar dalam Tawakkalna selepas melengkapkan dos vaksinasi terhadap coronavirus dibenarkan untuk menunaikan umrah dan solat di Masjidil Haram. – Agensi

- Advertisement -