Guru ditahan vaksinkan pelajar

- Advertisement -

NEW YORK: Seorang guru sains sebuah sekolah di Long Island  di sini ditahan polis atas dakwaan memberikan suntikan vaksin Covid-19 terhadap seorang pelajarnya.

Pihak polis Nassau County berkata, guru wanita dikenali sebagai Laura Russo, 54, yang mengajar biologi di sekolah berkenaan itu tidak mempunyai kelayakan perubatan untuk melakukan vaksinasi.

- Advertisement -

Menurut polis, Russo ditahan di kediamannya di Sea Cliff di sini pada hari sambutan Tahun Baru, 1 Jan lalu, selepas pelajar lelaki berusia 17 tahun pulang ke rumah dan memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibunya yang kemudiannya telah menghubungi polis.

Pihak polis juga masih tidak jelas bagaimana Russo memperoleh vaksin tersebut. Pada masa ini, vaksin Pfizer-BioNTech adalah satu-satunya yang dibenarkan untuk warga Amerika Syarikat di bawah umur 18 tahun.

Russo yang dibebaskan semula selepas disoal siasat bakal dihadapkan di mahkamah  pada 21 Jan ini dan boleh dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun jika sabit kesalahan. – The New York Times

- Advertisement -