Usaha dan tawakal

- Advertisement -

APABILA kita berusaha tanpa kita meletakkan tawakal kepada Allah, maka kita telah mengetepikan bahawa Allah S.W.T yang berhak memberi apa yang kita hajati. Sebaliknya, apabila kita meletakkan tawakal tanpa ada usaha, ini namanya angan-angan kosong.

- Advertisement -

Sering kali kita terlupa menggabungkan dua elemen penting ini, usaha dan tawakal. Dalam Hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi S.A.W bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً

“Seandainya kamu semua benar-benar bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.

[Riwayat al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), dan Ahmad (205). Syeikh Syu ‘aib al-Arna‘ut menyatakan sanad Hadis ini sahih]

Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita untuk berusaha terlebih dahulu dan kemudian menyerahkan urusannya kepada Allah S.W.T. Justeru, marilah kita mendahulukan usaha dan ikhtiar, kemudian barulah kita bertawakal kepada Allah S.W.T.

Berikan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan, kemudian berdoa dan meletakkan pengharapan kepada Allah semata-mata. Semoga kita sentiasa dikurniakan balasan yang baik dalam setiap usaha kita.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 5/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/412578727095840/posts/478184817201897

- Advertisement -