PAS, Umno dan Bersatu perlu berpadu benam DAP

- Advertisement -

KUALA NERUS: PAS, Umno dan Bersatu perlu bersama memperkukuhkan Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional agar mampu menyatukan politik dan umat Melayu-Islam.

Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim menegaskan, terutamanya di Pulau Pinang, ketiga-tiga parti amat penting duduk bersama untuk mengambil kembali kerajaan.

“Seterusnya membenamkan DAP dan Pakatan Harapan di bumi Pulau Pinang khususnya.

“Sekiranya orang Melayu khususnya orang Islam di Pulau Pinang tidak menjalin hubungan penyatuan ummah ini dengan sebaiknya, sudah semestinya harapan untuk merampas Pulau Pinang ataupun ingin menjatuhkan DAP hanyalah suatu omongan yang kosong.

“Hanyalah satu retorik semata-mata. Inilah yang berlaku di negeri Pulau Pinang apabila kekaburan dan juga kesamaran  tentang penyatuan ummah ini tidak mampu untuk menyatukan parti-parti politik,” ujarnya.

Beliau berucap membahas Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah’ dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini sebentar tadi.

“Saya nak menyatakan bagi khusus bagi negeri Pulau Pinang, demografinya ini tak sama dengan negeri-negeri yang lain. Kita lihat kalau di negeri ini kalau mengikut Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen, semuanya dikuasai ataupun majoritinya adalah dikuasai oleh bukan-Islam ataupun bukan-Melayu.

“Umpamanya Parlimen hanya tiga kerusi saja yang didominasi oleh orang -orang Melayu. Dan juga di peringkat DUN, 15 kerusi saja yang hanya didominasi oleh orang Melayu daripada majoriti 40 kerusi yang dikuasi oleh DAP atapun Pakatan Harapan.

“Maka dengan sebab itu PAS Pulau Pinang nak menyatakan kepada para pimpinan dan muktamrin sekalian, bahawa menjadi tanggungjawab yang lebih jelas memperkukuhkan penyatuan ummah ini,” serunya. – HARAKAHDAILY 6/11/2021

- Advertisement -
- Advertisement -