KPWKM berusaha tingkat kesejahteraan rakyat

- Advertisement -

Oleh NORZANA RAZALY

KUALA KRAI:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berusaha meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat supaya mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Timbalan Menterinya, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, bagi merealisasi hasrat itu KPWKM melaksanakan kerjasama dengan rakan-rakan strategik.

- Advertisement -

Katanya tumpuan diberi kepada pembangunan sosial kumpulan sasar iaitu kanak-kanak, wanita, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), mangsa bencana, orang papa, mangsa pemerdagangan orang dan mangsa keganasan rumah tangga.

“Mesyuarat dan sesi libat merupakan antara platform untuk kita sama-sama cakna, meneliti dan membincangkan isu pembangunan sosial terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Krai,” katanya pada Program Tinjauan dan Pemantauan (PTP) di Majlis Daerah Dabong semalam.

Turut hadir pada mesyuarat terbabit ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan Rohani Ibrahim.

Selain itu Adun Dabong Ku Mohd Zaki Ku Hussin, Adun Mengkebang Muhammad Mat Sulaiman, Adun Guchil Hilmi Abdullah, Adun Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah dan Ketua Jajahan Kuala Krai Tunku Ab Rahman Tuan Yunus.

Siti Zailah juga berkata, pihaknya meneliti permasalahan masyarakat di bawah kumpulan sasar untuk diambil tindakan segera. – HARAKAHDAILY 11/10/2021

- Advertisement -