Gaji graduan rendah, negara bakal kehilangan tenaga mahir

- Advertisement -

BERDASARKAN Laporan Kebolehpasaran Graduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2020, gaji graduan baru atau Ijazah pertama di Malaysia telah menjunam. Peratusan mereka yang mendapat gaji di bawah RM2,000 sebulan telah meningkat daripada 50.7 peratus (2019) kepada 53.6 peratus (2020). Senario yang sama juga dihadapi oleh para graduan Diploma.

Majoriti gaji yang diterima oleh para graduan adalah di bawah paras RM3,000 sebulan di mana lebih kurang 85.7 peratus daripada keseluruhan jumlah graduan.

- Advertisement -

Satu laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa graduan lulusan Diploma mendapat gaji sebanyak RM1,458 pada 2010 berbanding RM1,376 pada 2018, sementara gaji graduan Ijazah mengalami penurunan sebanyak RM10 iaitu RM1,993 (2010) berbanding RM1,983 (2018).

Statistik ini amat membimbangkan kita semua terutama kepada para graduan yang bakal memasuki alam pekerjaan. Kerana kita tahu bahawa komitmen sebagai seorang yang bergraduan amat banyak. Sebagai contoh, membayar hutang yuran pengajian terdahulu, menyewa rumah, membeli barangan keperluan dan tidak lupa juga kepada inflasi.

Dengan situasi pandemik dan ekonomi yang tidak stabil ketika ini, kebanyakan graduan mengambil inisiatif untuk bekerja sebagai penghantar makanan, menjadi dropship pelbagai produk dan bermacam-macam lagi. Hal ini membuatkan mereka yang bergraduan tidak dapat bekerja di dalam bidang yang sepatutnya dan negara kita akan kerugian tenaga kerja mahir.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu menggubal satu dasar yang dapat menjamin paras gaji bagi para graduan di Malaysia. Dalam masa yang sama, majikan juga perlu memainkan peranan dalam memberi gaji yang setimpal kepada para graduan.

QGENANALYSTS 

Rujukan:
1. https://ekonomirakyat.com.my/gaji-permulaan-graduan-semakin-jatuh-53-6-graduan-ijazah-terima-gaji-dibawah-rm2000/
2. https://www.astroawani.com/berita-bisnes/sebenarnya-gaji-graduan-mef-202501 – HARAKAHDAILY 8/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/2284919521796917/posts/3016900401932155/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -