PH tak tahu beza perbahasan atau penggulungan ke?

- Advertisement -

KASIHAN melihat gelagat Ahli Parlimen PH yang bersungguh mengganggu sesi penggulungan Kementerian. Mereka tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri atau Timbalan Menteri. Mereka kata ini bukan kelas membaca, ini sesi perbahasan.

Ahli Parlimen PH ini faham ke tidak prosedur dan peraturan Parlimen? Sesi perbahasan sudah pun berlangsung selama 4 hari bermula Selasa minggu lepas sehingga Isnin minggu ini.

- Advertisement -

Bermula kelmarin sehingga hari ini pula adalah sesi penggulungan selama 3 hari iaitu giliran Kementerian menjawab segala isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh sekalian Ahli Parlimen Backbenchers Kerajaan dan Pembangkang.

Sekarang adalah ruang masa untuk Menteri atau Timbalan Menteri menjawab, bukan sesi perbahasan lagi. Setiap kementerian sudah diperuntukkan 30 minit masa untuk menjawab.

Ahli Parlimen PH bersilih-ganti berterusan bangun mengganggu sesi penggulungan Timbalan Menteri KPWKM, YB Siti Zailah kemudian PH bising mengadu masa tidak cukup sedangkan merekalah puncanya juga.

Persoalan Menteri atau Timbalan Menteri membaca teks tidaklah menjadi kesalahan dan kepelikan pun sebab ia adalah jawapan rasmi kerajaan yang perlu dibaca dengan tepat fakta dan datanya. Bukan boleh sembang kosong seperti di kedai kopi.

Lagi pun seingat saya Ahli Parlimen PH Segambut, Hannah Yeoh ketika jadi Timbalan Menteri Kerajaan PH dulu pun dia membaca teks ketika sesi menjawab dan menggulung. Ke YB PH ini sudah terlupa? Sikap mereka ini tidak ubah seperti menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 7/10/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/1333302954/posts/10226535669081312/

- Advertisement -