Apabila antivaksin gelar KKM dan ulamak sebagai ejen Dajal

- Advertisement -

KENAPA antivaksin asyik tuduh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ulamak yang sokong vaksin itu ejen Dajal? Begitu mudah betul melabel orang lain Dajal atau seumpamanya. Ingatlah bahawa Dajal itu kafir. Dan menuduh Muslim lain jadi kafir adalah suatu dosa besar. Berpada-padalah dalam menuduh orang lain dek kerana tak sependapat dengan menolak vaksin.

Ingatlah, dibimbangi tuduhan fitnah seperti itu akan terbalik kepada diri sendiri di zaman yang penuh dengan fitnah ini. Saya percaya Dajal akan wujud kerana Hadis menyebut hal itu. Tak percaya akan wujudnya Dajal adalah tidak beriman dengan Nabi S.A.W. Cuma siapa Dajal? Boleh rujuk huraiannya oleh alim ulamak.

- Advertisement -

Saya ambil huraian oleh Mufti Wilayah Persekutuan:

“Maka dinamakan sebagai dajjal adalah kerana sifat dustanya dan penuh dengan penipuan.”

(Rujuk Faidh Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 3/120).

Kesimpulan yang disebut oleh tulisan mufti tersebut adalah: 

“Berdasarkan apa yang telah dinyatakan, Hadis tersebut bukan bermakna Dajal itu adalah ramai. Dajal yang disebut sebagai Al-Masih itu seorang yang akan muncul pada akhir zaman sebagai tanda hampirnya kiamat. Dajal yang dimaksudkan dalam Hadis tersebut adalah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang.”

Sekali lagi saya ulang, Dajal itu individu bukannya organisasi atau persatuan. Ciri-ciri Dajal pun banyak dijelaskan dalam Hadis-hadis Sahih.

Semoga Allah memberikan kefahaman dan menjauhkan kita dari menjadi Dajal-dajal kecil. Nasihat ikhlas saya, berhati-hatilah share apa sahaja artikel yang kita sendiri tidak tahu menahu mengenai sesuatu. Dibimbangi kita akan terjerumus dengan perbuatan dosa yang berterusan:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ ۗاِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ اُولٰۤىِٕكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔوْلًا

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”

(Al Isra: 36)

Wallahu a’lam

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 7/10/2021

Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/4521-al-afkar-109-dajjal-seorang-atau-ramai

Sumber Asal: https://m.facebook.com/1033106371/posts/10223665407876569/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -