MBSA wajar lebih budi bicara tangani peniaga

- Advertisement -

PERLUKAH MBSA menyaman peniaga kecil yang sedang bergelut mencari sesuap nasi di waktu kesan PKP masih dirasai? Apakah tiada sekelumit rasa simpati terhadap peniaga-peniaga ini? Tuan Kamarudin memang seorang yang prihatin. Berdasarkan posting beliau saya diberitahu tiga peniaga telah disaman.

Saya ingin merayu kepada Datuk Bandar Shah Alam, bantulah peniaga-peniaga ini dengan memberi lesen dan menyediakan ruang untuk mereka berniaga. Saman yang dikeluarkan hanya akan menimbulkan kemarahan dan tidak akan membantu.

- Advertisement -

Dalam keadaan seluruh peniaga kecil terjejas teruk sepanjang PKP dan sedang berusaha memulihkan kehidupan sepatutnya kita sama-sama membantu mereka.

Ya. Mereka mungkin bersalah kerana berniaga tanpa lesen atau berniaga di tempat yang tidak dibenarkan, namun dalam keadaan sekarang simpanlah dulu buku saman untuk sementara hingga keadaan sedikit pulih. 

MBSA sewajarnya menjadi pendorong untuk peniaga kecil memulihkan diri, bukan menambah kesusahan mereka.

Hari ini MBSA berbakti, tahun depan, tahun berikutnya dan mungkin tahun mendatang yang dibantu akan mendatangkan hasil kepada MBSA. Bukankah itu yang Islam ajar, banyakkan membantu, bukan menyusahkan.

Jika kilang haram pendapatannya jutaan ringgit sebulan tapi mendatangkan musibah kepada jutaan pengguna air di Selangor boleh ‘diberi muka’ apa salahnya beri layanan sama kepada peniaga kerdil seperti mereka yang disaman ini. Datuk Bandar, jika tak boleh membantu mereka, jangan tambah kesusahan mereka. Bertimbang rasalah.

FUAD SALLEH – HARAKAHDAILY 7/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1068787203/posts/10223363191882548/

- Advertisement -