Vaksinasi: Hanya 1.2 peratus lagi untuk capai sasaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2 peratus.

- Advertisement -

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi portal COVIDNOW, 94.6 peratus atau 22,135,242 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 22 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.

Setakat semalam juga, sebanyak 129,152 atau 4.1 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain itu, sebanyak 209,907 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 113,441 dos pertama dan 96,466 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar pada 24 Feb lepas meningkat kepada 45,007,832 dos.

Sementara itu, dua kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan kedua-duanya membabitkan kematian di hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,981. – BERNAMA

- Advertisement -