PAS dan Umno Selangor kekal pertahan Piagam MN

- Advertisement -

MESYUARAT Muafakat Nasional Negeri Selangor Bil. 2/2021 yang diadakan semalam telah bersetuju memperkasa dan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua parti Umno dan PAS di semua peringkat di negeri ini atas platform MN demi membuat persediaan bagi mengambil-alih Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Aktiviti dan program bersama atas nama MN akan terus dirancakkan bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua parti di Selangor.

Untuk memastikan nasib dan masa depan rakyat lebih baik, terbela dan sejahtera, MN Selangor akan bergerak aktif turun ke lapangan bagi bertemu rakyat untuk meyakinkan mereka agar melakukan perubahan pada PRU ke-15 nanti. 

- Advertisement -

Untuk itu MN Selangor menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ pimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri, dan akan berkerja keras bagi memastikan agenda ‘Keluarga Malaysia’ yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri itu akan diterima baik rakyat Negeri Selangor khususnya dengan harapan ianya juga akan turut terlaksana di negeri ini.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi Bersama Muafakat Nasional Negeri Selangor pada semalam Selasa 5 Oktober 2021 bersamaan 28 Safar 1443.

DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

TAN SRI NOH OMAR
Pengerusi 
Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 6/10/2021 

- Advertisement -