Inspirasiku YaPEIM sumbang RM288,000 kepada pelajar UM

Foto daripada Facebook Idris Ahmad.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Agensi Islam terus menyantuni rakyat Malaysia dalam mendepani suasana mencabar hidup di kala pandemik Covid-19, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Senator Idris Ahmad.

Menurutnya, komitmen pagi ini diteruskan dengan menyampaikan sumbangan Dana Insipirasi Malaysia (Inspirasiku) anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Beliau berkata, Inspirasiku adalah satu inisiatif bagi menyantuni keluarga berpendapatan rendah atau golongan B40 yang dengan mensasarkan seramai 40,000 penerima manfaat yang terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

- Advertisement -

“Dalam majlis ini, dana berjumlah RM288,000 disumbangkan kepada 576 mahasiswa Universiti Malaya (UM) bagi mengurangkan bebanan serta memudahkan mereka untuk belajar dengan suasana yang lebih baik,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, Prof Dr Sabri Musa.

Menurut Idris lagi, sehingga 30 September 2021, bayaran keseluruhan yang telah dibuat oleh YaPEIM melalui program Inspirasiku berjumlah RM7,675,000 melibatkan 59,045 buah keluarga kepada kategori pelajar sekolah, dan RM11,329,910 melibatkan 22,660 mahasiswa bagi kategori IPT.

“Saya berharap usaha sebegini dipergiatkan lagi oleh semua agensi bagi memastikan keciciran pembelajaran anak-anak pelajar kita dapat diatasi serta dapat memberi sinar baharu dalam proses menuntut ilmu di kala pandemik yang masih melanda negara kita,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/10/2021

- Advertisement -