‘Cybertrooper baru nak up’

- Advertisement -

SAYA ditunjukkan tangkap layar kononnya ada arahan dari satu kumpulan media PAS yang digelar Mujahid Siber. Ia kononnya berupa arahan tindakan. Ditulis sebaran dalaman yang hakikatnya adalah sebaran umum.

- Advertisement -

Respon utama saya; palsu dan bodoh. Kenapa? 

1. Ia adalah saraf jahat musuh politik PAS kononnya Mujahid Siber ini dibayar seperti RBA dan beberapa kumpulan upahan lain. Mereka namakan sebagai JKOM.

Bagi yang faham nama mujahid pun mereka faham ia bukan tugas berbayar. Apa sahaja kerja yang dikaitkan dengan PAS tidak tinggal kalimah ‘mujahid’ menunjukkan ia kesungguhan kerja jihad tanpa bayaran ahli PAS. 

2. Arahan supaya diguna nama bukan-Islam sebagai samaran menunjukkan modus operandi mereka sebegitu. Dalam PAS setahu saya diminta supaya menggunakan nama sebenar kerana kerja jihad adalah kebanggaan dan dilarang terlibat dengan fitnah yang memerlukan nama samaran apatah lagi bukan-Islam.

3. Serang Ebit Liew. Siapa Ebit Liew? Dia bukan musuh politik PAS dan dia juga dilihat menghormati ulamak PAS seperti Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH). Beliau hanyalah seorang dari beberapa ramai selebriti yang muncul di Malaysia. Tidak lebih dari itu.

4. Setahu saya tidak pernah kenal dengan nama ketua unit yang setelah dirujuk tidak wujud istilah jawatan atau individu terbabit. 

Ia hanyalah khayalan saraf musuh PAS untuk mengheret PAS dalam polemik yang sebenarnya bukan medan dan keperluan PAS untuk terlibat. Bagi yang matang berpolitik, kerja sebegini hanya bersifat kebudak-budakan meraih simpati tuan.

Macam budak baru dapat basikal. Baru boleh ‘pacak’ dah nak tunjuk dekat tuan. Dia tak tahu orang lain dah main BMX sejak kecik lagi. Biasalah, budak baru nak up

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 24/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000122032873/posts/6903973669616632/

- Advertisement -