Ziarah PAS Sungai Nipah santuni penduduk sakit

nipah
- Advertisement -

SUNGAI BESAR: PAS Cawangan Sungai Nipah telah mengadakan Ziarah Prihatin menyantuni warga penduduk setempat yang menghadapi pelbagai ujian hidup di Kampung Sungai Nipah, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kunjungan ini bertujuan menunaikan tanggungjawab sesama saudara seagama dan kejiranan, selain mengenal pasti bantuan susulan dapat diberikan menurut keperluan pihak yang dilawati tersebut.

Antara diziarahi adalah satu keluarga di mana anaknya telah mengalami patah pergelangan kaki akibat terjatuh dalam kolam di rumah mereka dan satu keluarga yang suaminya sakit kerana menghidap kanser.

Antara pimpinan PAS Sungai Nipah yang hadir adalah Ketua PAS Cawangan, Ustaz Ramly Said dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan, Mohd Arshad Abdul Latif serta Setiausaha Muslimat PAS Cawangan, Subaitah Awang.

Di samping memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesembuhan, pihak PAS Sungai Nipah juga bersempena ziarah ini telah menyerahkan kerusi roda dan wang tunai, selain mengemaskini maklumat keluarga dikunjungi.

Aktiviti yang menjadi rutin PAS Sungai Nipah sepanjang tahun ini juga sebagai menzahirkan kepekaan dan keprihatinan atas musibah menimpa penduduk atau ahli masyarakat setempat di kampung tersebut.

“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban keluarga yang diziarahi dan didoakan agar pesakit terus tabah hingga sembuh serta keluarga juga bersabar dengan ujian ini,” ujar Ustaz Ramly. – HARAKAHDAILY 20/9/2021

- Advertisement -