YAPEIM belanja RM21.65 juta untuk ‘food bank’

- Advertisement -

Oleh IBNU JANIE dan ABU ANAS

- Advertisement -

KOTA MELAKA: Sebanyak RM21.65 juta dibelanjakan dengan 1.15 juta penerima manfaat dibantu menerusi program Food Bank, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad.

“Untuk program Sinar Kasih YAPEIM pula sebanyak RM9.39 juta perbelanjaan dikeluarkan dengan 2797 penerima manfaat telah dibantu,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa YAPEIM telah mengeluarkan agihan perbelanjaan sebanyak RM638.56 juta sejak dari tahun 1985 hinggalah Ogos ini melibatkan penerima seramai 5.07 juta penerima.

Ustaz Idris berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas dalam program simbolik penyerahan bantuan Program Inspirasi Qaseh Kami – YAPEIM Negeri Melaka yang berlangsung di Masjid Al Wahhab, Permatang Duyong, di sini, pagi tadi.

“Pada hari ini ada 100 keluarga terpilih untuk menerima sumbangan Foodbank YAPEIM dan tiga keluarga pula menerima simbangan menerusi program Inspirasi Prihatin YAPEIM.

“Dan pihak YAPEIM juga akan menyerahkan sumbangan Sinar Kasih YAPIEM pada kekuarga yang layak pada program hari ini.

“Secara keseluruhannya jumlah sumbangan hari ini ialah sebanyak RM16 ribu. Insya-Allah jika diizinkan lagi kita akan bantu lagi untuk pada masa akan datang,” ujar beliau lagi.

Program Inspirasi Qaseh Kami – YAPIEM pada kali ini melibatkan 100 set ‘foodbank dryfood’ untuk keluarga asnaf B40 sekitar Duyong dengan gimik penyerahan untuk lima orang penerima pada majlis ini.

Selain itu tiga penerima mendapat sumbangan Inspirasi Prihatin YAPIEM bernilai RM500 dengan salah seorang daripadanya turut menerima Program Sinar Kasih YAPEIM bernilai RM4800.

Penerima Program Sinar Kasih YAPEIM itu, Azizawati A. Bakar yang menetap di Taman Seri Duyong Seksyen 2, kehilangan suami tercinta akibat Covid-19 pada 23 Ogos lepas.

Azizawati yang berkerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah institusi kewangan kini tinggal bersama dua orang anak perempuannya berumur tujuh dan 10 tahun yang masih bersekolah.

Turut memberi ucapan di dalam majlis ringkas ini ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPIEM Dato’ Mohd Redza Shah Abd Wahid.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek, Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abd Halim Tawil, Ketua Pengarah YAPEIM, Mohd Ridzal Mohd Sheriff, Ahli Lembaga Pengarah Pusat Falak Al Khawarizmi, Ustaz Imran Abdul Rahman dan Pengerusi Masjid Al-Wahhab, Ramlan Madirono. – HARAKAHDAILY 16/9/2021

- Advertisement -