Bentang (laid), batal (revoke) dan ungkai (annul)

- Advertisement -

ARTIKEL 150 (3):

“(3) A Proclamation of Emergency and any ordinance promulgated under Clause (2B) shall be laid before both Houses of Parliament and, if not sooner revoked, shall cease to have effect if resolutions are passed by both Houses annulling such Proclamation or ordinance, but without prejudice to anything previously done by virtue thereof or to the power of the Yang di-Pertuan Agong to issue a new Proclamation under Clause (1) or promulgate any ordinance under Clause (2B)”.

- Advertisement -

Versi Bahasa Melayu

“(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa Ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau Ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau Ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa Ordinan di bawah Fasal (2B)”.

Baca betul-betul.

Faham 3 perkataan ini:-

1. Be laid / dibentangkan.

2. Revoked / dibatalkan.

3. Annulling / mengungkaikan.

Pemahaman mudah saya begini:

1. Perkataan and atau dan sebelum frasa ‘if not sooner revoked’ membawa konotasi, frasa sebelumnya tiada pilihan, yakni: tanggungjawab untuk bentang Proklamasi dan Ordinan Darurat adalah wajib. Tiada pilihan. Faham juga bahawa kewajipan ini hanyalah untuk bentang, dan bukan dibahas atau diundi.

2. Parlimen boleh buat ketetapan untuk ‘annul’ atau mengungkaikan Proklamasi dan Ordinan Darurat. Tentunya untuk mengungkai, proses perbahasan dan pengundian perlu dilakukan.

3. Namun, perbahasan untuk ‘annul’ atau mengungkaikan Proklamasi dan Ordinan Darurat tersebut tidak perlu lagi, sekiranya ia telah dibatalkan terlebih dahulu.

4. Maknanya, sekiranya ia telah dibatalkan terlebih dahulu, maka yang perlu hanya membentangkan Proklamasi dan Ordinan Darurat, tanpa perlu dibahaskan untuk di‘annul’ atau diungkaikan.

Betulkan saya kalau saya salah, wahai sahabat-sahabat peguam.

YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 27/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1460461665/posts/10225328774433939/

- Advertisement -