Panas hari pertama di Parlimen

- Advertisement -

Oleh ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN

PERSIDANGAN khas pada kali ini dilaksanakan mengikut Peraturan Mesyuarat 11.(3) iaitu: “Pada masa Majlis dalam tangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan, maka Tuan Yang di-Pertua hendaklah dengan Serta-Merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan berapa hari bulan hendak diadakan mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu”.

Berdasarkan Titah YDPA berkaitan dengan Persidangan Parlimen, Jemaah Menteri telah menetapkan tarikh persidangan biasa akan bermula pada 6 September akan datang.

- Advertisement -

Oleh kerana terdapat isu faedah orang ramai iaitu berkenaan Tindakan Menangani Pandemik Covid-19, Vaksinasi, Pelan Pemulihan Negara dan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi, maka Perdana Menteri telah memaklumkan kepada Speaker supaya mengadakan Persidangan Khas yang sedang berlangsung bermula hari ini.

Manakala isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang bahawa kerajaan telah menderhakai YDPA kerana Persidangan Khas ini tidak selari dengan titah Baginda, YB Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan, Menteri JPM (Parlimen Dan Undang-Undang) mengesahkan:-

i) YDPA telah perkenan untuk Perdana Menteri memanggil Mesyuarat Khas Penggal ke-3, Parlimen ke-14 (2021) bagi Dewan Rakyat yang bersidang 26 Julai 2021 hingga 2 Ogos 2021 berdasarkan surat Perdana Menteri kepada Speaker;

ii) Kerajaan juga putuskan tidak akan nasihatkan YDPA untuk isytihar Proklamasi Darurat baru apabila tamat 1 Ogos 2021; ini bermaksud darurat tidak lagi akan disambung.

iii) Kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) untuk batalkan semua 6 Ordinan Darurat yang dibuat semasa tempuh Darurat ini yang berkuatkuasa 21 Julai 2021.

Apa kata Perkara 150(3) kata:
(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).

Fasal (2B) menerangkan:
2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.

Hampir dua jam masa dihabiskan pada sesi pagi tadi kerana pihak pembangkang membangkitkan Peraturan Dewan yang kononnya Kerajaan tidak akur kepada Titah YDPA, tetapi selepas dijelaskan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkaitan beberapa isu di atas, akhirnya mereka terkucil.

Buang masa sungguh! – HARAKAHDAILY 26/7/2021

Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Krai.

- Advertisement -