Lupus RM8.3 bilion hutang peneroka: Kejayaan hebat PN

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Keputusan kerajaan melupuskan sebahagian pinjaman peneroka FELDA berjumlah RM 8.3 billion sebagai inisiatif penjanaan semula organisasi berusia 65 tahun itu adalah satu keputusan sangat tepat pada masanya,” kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa.

Beliau berkata, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu merupakan kejayaan hebat kerajaan Perikatan Nasianal (PN).

“Inisiatif pelupusan pinjaman ini akan mengurangkan beban hutang setiap peneroka sebanyak 80 peratus.

“Pelupusan ini telah melepaskan dan mengeluarkan peneroka daripada stigma ‘dibelenggu hutang sepanjang kehidupan’.

“Ini satu keputusan yang sangat melegakan peneroka dan merupakan perjuangan mereka yang panjang semasa dua kerajaan yang lepas.

“Ini adalah kejayaan besar jutaan peneroka dan organisasi FELDA. Kejayaan ini tidak berlaku pada kerajaan sebelumnya, walaupun ekonomi waktu itu lebih baik daripada sekarang yang berhadapan dengan masalah Covid-19,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Mohd Zai, keputusan ini juga adalah bukti keperihatinan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan kerajaan masa ini.

“Ini menunjukkan kerajaaan dengar rintihan rakyat dan bersama dengan denyut nadi kesusahan rakyat pada masa ini.

“UMMAH yakin dengan inisiatif pelupusan hutang ini akan menjadi pemangkin semangat kepada generasi peneroka FELDA untuk terus memberi komitmen yang tinggi dan berterusan bagi menyumbang kepada pembangunan ladang FELDA yang terbaik didunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/7/2021

- Advertisement -