Tidak biar yang perlukan bantuan pulang tangan kosong

- Advertisement -

BEGINILAH suasana setiap hari bekerja di Pusat Khidmat Parlimen Pasir Mas. Mereka datang untuk dapatkan sedikit barangan dapur buat meneruskan hidup. Kami di Pusat Khidmat sedaya upaya tidak akan biarkan siapa sahaja datang pulang dengan tangan kosong, sikit bantu cara sikit, banyak tak mampu sebab kena agih pula kepada orang lain.

- Advertisement -

Soalan yang akan ditanya ialah: Kenapa tidak agihkan dari rumah ke rumah? Jawapannya:

1. Bantuan bakul makanan sudah diagihkan oleh Penghulu dan sukarelawan yang dilantik. ADUN-ADUN juga turut buat agihan melalui peruntukan Kerajaan Negeri. Selain peruntukan, ADUN-ADUN buat pula pengagihan melalui sumbangan lain. Namun, untuk menampung puluhan ribu keluarga yang terjejas, pasti akan ada juga yang tertinggal. Jadi ada yang datang ke Pusat Khidmat walaupun tiada jemputan dan jumlahnya semakin ramai setiap hari, dan kakitangan kami sudah dipesan untuk jangan berkata ‘tidak’.

2. Walaupun agihan telah dibuat dari rumah ke rumah, ada juga yang datang mendakwa tiada bantuan dari Penghulu, bila semakan dibuat, rupanya sudah ada bantuan disampaikan melalui ahli keluarga yang lain. Untuk kes seperti ini pun, kami tidak biarkan pulang dengan tangan kosong.

3. Agihan di pejabat ini turut menggunakan peruntukan-peruntukan lain termasuk sumbangan dari sahabat-sahabat dari seluruh negara.

Saya yakin yang datang ini perlu kepada bantuan kerana jika tidak, mereka tidak sanggup beratur lama demi untuk dapatkan bantuan. Yang penting, beralamat di Pasir Mas insya-Allah kita cuba bantu dan data akan dikumpulkan untuk perhatian dan tindakan selepas ini. Para Penghulu juga yang merupakan ejen kami di mukim-mukim ‘habih reng’ dah bagi memastikan semua pihak terbela. Musim ini musim sukar untuk semua orang. 

Biarlah mungkin silap memberi kepada yang tidak sepatutnya daripada silap tidak memberi kepada yang sepatutnya… Semoga Allah beri kekuatan untuk kita meneruskan khidmat bakti.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 9/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/318368621577316/posts/4116516731762467/

- Advertisement -