Kerajaan perkenal PENJANA Kapital

- Advertisement -

PENJANA Kapital adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan untuk memudahcara pelaburan modal teroka di dalam syarikat pemula, terutamanya kerana sumber pelaburan mereka terkesan oleh pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lalu.

Pada 19 Mei 2021, PENJANA Kapital mengumumkan bahawa 8 syarikat modal teroka Malaysia telah berjaya mengumpul dana sejumlah RM676 juta. Dari jumlah dana tersebut, RM372 juta ataupun 55 peratus merupakan modal pelabur-pelabur asing, khususnya dari Hong Kong dan Korea Selatan. Ini mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap prospek pertumbuhan Malaysia.⠀

- Advertisement -

Pengumpulan dana sebanyak RM676 juta telah melebihi sasaran awal kutipan sebanyak RM448 juta, ataupun hampir 200 peratus daripada sasaran awal RM228 juta.

Sebanyak RM110.15 juta dari jumlah tersebut telahpun diluluskan untuk pelaburan di dalam 8 syarikat pemula niaga. Ini satu berita baik kerana ianya juga menyasarkan pewujudan 1,400 pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia di masa hadapan, dan pelbagai manfaat ekonomi sampingan yang lain.

Tahniah kepada pengurus dana modal teroka ini dan saya berharap PENJANA Kapital, syarikat-syarikat modal teroka dan syarikat pelaburan mereka berjaya dalam menyegarkan industri ini dan seterusnya ekonomi Malaysia.

TENGKU ZAFRUL AZIZ
Menteri Kewangan Malaysia – HARAKAHDAILY 20/5/2021

- Advertisement -