PKPD: PAS Kluang dan Sembrong hantar sumbangan

- Advertisement -

KLUANG: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kluang bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Sembrong telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk FELDA Kahang Timur, di sini hari ini.

FELDA Kahang Timur diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak 12 Mei yang lalu, mengakibatkan seramai 2,259 orang penduduk terputus hubungan dengan penduduk luar.

Semalam negeri Johor mencatatkan angka kes baharu positif sebanyak 699 kes dan merupakan negeri kedua tertinggi kes harian selepas Selangor. 

- Advertisement -

Sumbangan barang asas ini turut dibantu oleh sukarelawan dari Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Prihatin (Permai Care) dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang untuk proses pengagihan.

Menurut Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang, Faezah Ajmain, beberapa buah NGO telah menyalurkan bantuan untuk penduduk FELDA Kahang Timur.

“Terdapat beberapa buah NGO yang telah menyalurkan bantuan untuk penduduk kawasan sini, dan pihak kami akan mengagihkan sama rata kepada semua penduduk,” kata Faezah.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kluang, Khairul Anuar Ahmad Kamil, sumbangan pada ini merupakan hasil kutipan dana yang terkumpul daripada ahli PAS dari kedua-dua kawasan serta orang awam. 

“Selain dari bekalan bantuan makanan, penduduk Kahang Timur juga memerlukan bantuan seperti lampin bayi, lampin dewasa serta susu bayi.

“Pihak kami akan sentiasa berhubung dengan pihak Pejabat Daerah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengetahui keadaan semasa di sana,” ujarnya.

Turut Hadir Saion Jalal, Timbalan Yang Dipertua PAS Sembrong Saion Jalal dan Setiausaha PAS Sembrong, Adam Suboh Salin. – HARAKAHDAILY 20/5/2021

- Advertisement -