Penafian ‘posting’ mempertikaikan Raja Muda Perlis

- Advertisement -

SAYA menjadi mangsa fitnah besar untuk membunuh karakter saya di mana sejak kira-kira jam 5:00 petang, 28 April 2021, telah diviralkan dalam pelbagai media sosial, khususnya Facebook dan WhatsApp, satu posting Facebook yang kononnya dibuat dan dipadamkan oleh saya yang bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ dan mengandungi ayat-ayat yang berbunyi:

‘Sebelum ini wayang tentang pembelian motosikal yang tak wujud sekarang wayang kononya berbasikal dengan Raja Muda Perlis.’
‘Lelaki di dalam gambar bertopeng sepanjang masa dan tiada bukti itu merupakan Raja Muda Perlis.’
‘Satu kebiadaban DAP terhadap institusi Raja-raja Melayu.’

- Advertisement -

Bila disemak, saya dapati bahawa penyebaran posting Facebook palsu ini dibuat antara lainnya melalui posting oleh individu-individu berikut bermula pada kira-kira jam 4:00 petang, 28 April 2021:

1. Posting Che Ibrahim Mohamed yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100001076378230/posts/4313044808741356/

2. Posting Saila Hadialuz Nazar yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1024801084590541&id=100011819768949

3. Posting Miqdad Zakaria yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1871004016410386&id=100005024160282

4. Posting Abu Muhammad Ibnu Ismail yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/1061861934/posts/10220502598529271/

5. Posting Zainal Nor yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100009739932239/posts/1386962138305104/

6. Posting Lensalog Aidi yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1589301727932735&id=100005587692577

7. Posting Taufik Ali yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=321641272895215&id=100051480331250

8. Posting Hussin Al Mala’al A’lam yang boleh diakses di pautan ini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=3842266089184531&id=100002035327920

9. Posting Muhammad Al Hanif Hassan yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100000634296229/posts/4352818401415927/

10. Posting Mohd Safuan MohdSafuan yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3997535496952344&id=100000877993870

11. Posting Abdul Manaf Shafie yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3823936327724294&id=100003238928446

12. Posting Muhammad Radzi Ismail yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10220472398340158&id=1238056360

Pada waktu penyebaran posting Facebook palsu ini dibuat, akaun Facebook saya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang posting atau komen selama 24 jam kononnya kerana ada aduan bahawa posting saya sebelum ini yang melanggar Community Standards Facebook

Bila akaun Facebook saya dibebaskan dari hukuman ini, iaitu pada kira-kira jam 6:30 petang, 28 April 2021, saya telah memuat naik satu posting bagi menafikan bahawa saya pernah membuat sebarang posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis, menyenaraikan 12 individu yang didapati membuat penyebaran posting Facebookpalsu ini dan menyebut saya akan menyaman mereka.

Begitupun, pada kira-kira jam 9:00 malam, 28 April 2021, sekali lagi akaun Facebook saya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang posting atau komen selama 3 hari kononnya kerana ada aduan bahawa posting saya yang menafikan bahawa saya pernah membuat sebarang posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis ini melanggar Community Standards Facebook.

Pada jam 1:00 pagi, 29 April 2021, saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Zulhazmi Shariff, yang saya ketahui merupakan Naib Pengerusi DAP Kedah yang juga seorang peguam, telah memuatnaik satu posting bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atas saya atas dakwaan membuat posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis ini di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 [Akta 589]. PostingZulhazmi Shariff ini boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100007941282524/posts/2941369372804410/

Pada jam 2:00 petang, 29 April 2021, saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Azhar Ismail, yang saya ketahui merupakan Ketua PAN Bahagian Ledang, Johor, telah memuatnaik satu posting bagi memaklumkan beliau telah membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi Shariff ini di samping mengongsi panduan tersebut. Posting Azhar Ismail ini boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1891293944371547&id=100004728797049

Pada jam 2:00 petang, 29 April 2021, juga saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Amar Abd Jalil, yang saya ketahui merupakan Ketua AMK Cabang Padang Besar, Perlis, telah memuatnaik dua posting bagi memaklumkan beliau akan dan telah membuat laporan polis ke atas saya juga berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi Shariff ini. Posting Amar Abd Jalil ini boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/110506737008243/posts/579501970108715/ dan https://www.facebook.com/watch/?v=1601419840048864

Ekoran fitnah besar ke atas saya ini, saya, keluarga saya dan institusi tempat saya bekerja, iaitu Universiti Utara Malaysia, telah bertubi-tubi dikecam, dihina dan dimaki oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan gangguan keselamatan kepada kami.

Saya berpendapat bahawa kesemua mereka yang telah membuat dan menyebarkan posting Facebook palsu saya yang bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ serta mereka yang telah menggesa, membantu dan membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan posting Facebook palsu saya ini telah melakukan jenayah yang serius. Oleh itu, saya akan membuat laporan polis secepat mungkin mengenai perkara ini.

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Pensyarah Kanan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), 
Universiti Utara Malaysia (UUM) – HARAKAHDAILY 29/4/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -