Kurang ajar bandingkan murtad dengan lompat parti

- Advertisement -

TINDAKAN pemimpin ultra kiasu yang membandingkan tindakan lompat parti dengan keluar daripada agama Islam atau murtad, adalah terlalu kurang ajar. Ultra kiasu yang selalu bercakap mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, tidak sepatutnya membuat analogi sedemikian, kerana bukan sahaja menyerlahkan kebodohan dan kejahilannya, malahan sangat tidak memahami sensitiviti orang Melayu Islam, setelah 62 tahun merdeka.

Ultra kiasu
 penyokong Komunis ini tidak sepatutnya berada di bumi bertuah ini. Lompat parti adalah isu lain, murtad adalah isu lain. Membandingkan keduanya sangat tidak wajar. Orang Islam tidak boleh murtad kerana ia adalah undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan. Orang Melayu mesti beragama Islam. 

- Advertisement -

Begitu juga dengan orang yang memeluk Islam. Dia mesti kekal dalam Islam setelah memeluk Islam kerana tiada sesiapapun yang memaksanya memeluk Islam. Tetapi sesudah memeluk, sudah tentu, kita tidak membenarkannya, kerana agama Islam, bukan agama kedai kopi.

Berbanding dengan lompat parti. Ini bukan perkara agama. Hanya satu perbuatan, melompat. Jauh bezanya itu. Lagi pun negara kita yang mengamalkan demokrasi, tidak ada undang-undang yang menghalang untuk seseorang itu lompat melompat. Lompatan ini berlaku kerana kurang tarbiyyah, kurang iman, kurang setia dan macam-macam lagi. 

Pemimpin parti ultra kiasu ini, menegaskan isu wakil rakyat lompat parti akan dibawa ke mahkamah walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kamu nak bawa, bawalah, tiada siapa yang larang. Tetapi jangan kaitkan dengan murtad. Bodoh.

Menurut ultra kiasu ini, tidak wajar bagi kerajaan diterajui Perikatan Nasional (PN) mempertahankan tindakan wakil rakyat lompat parti. Jika orang Islam tidak boleh murtad, maka lompat parti pun tidak boleh.

Saya nak ingatkan ultra kiasu ini, agama Islam bukan macam agama lain. Murtad berkait rapat dengan akidah. Lompat bukan isu akidah, tapi soal integriti. Jangan sentuh isu agama kalau tak faham. Kalau nak bandingkan, gunakan agama kamu sebagai contoh, tetapi bukan agama Islam.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 10/3/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -