PSR: LEKAS jawab kekeliruan TKM Pulau Pinang

- Advertisement -

DALAM laporan portal The Vibes 12 Februari 2021 Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menyatakan bahawa saya telah membuat kekeliruan serta persepsi buruk terhadap PSR dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Berikut adalah 5 jawapan saya berdasarkan 5 petikan daripada kenyataan utama beliau terhadap saya:

Petikan

“Zakiyuddin insisted that the reclamation will not destroy the fisheries sector”
(Zakiyuddin menegaskan bahawa penambakan tidak akan memusnahkan sektor perikanan

Jawapan 1:

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub] dalam sidang Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 menjelaskan;

“Secara keseluruhannya, pelaksanaan Projek Penang South Reclamation (PSR) akan menjejaskan seramai 4,996 orang nelayan di Pulau Pinang yang mana 1,422 orang adalah terdiri daripada nelayan tradisional Zon ‘A’. Adalah dianggarkan sebanyak 51,184 tan metrik dengan nilai RM525 juta setahun pendaratan perikanan tangkapan marin di Pulau Pinang akan terjejas akibat kemusnahan kekal ini. Projek PSR ini juga akan menjejaskan seramai 511 penternak akuakultur ataupun ikan marin dengan pengeluaran 54,742 tan metrik yang bernilai RM1.67 bilion setahun.

Soalan balas saya kepada beliau:

“Daripada penjelasan di atas, bagaimana TKM1 boleh cakap PSR tak akan memusnahkan sektor perikanan? 

- Advertisement -

Petikan 2

“He said fishermen do not fish only at the PSR site, but also in waters near Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge and the nearby Pulau Kendi.” 
(Katanya, nelayan tidak hanya menangkap ikan di lokasi PSR, tetapi juga di perairan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Pulau Kendi yang berada berdekatan)

“Zikrullah claimed that some fishermen said the fishing areas around Pulau Rimau and Pulau Kendi would be destroyed.
(Zikrullah mendakwa bahawa beberapa nelayan mengatakan kawasan perikanan di sekitar Pulau Rimau dan Pulau Kendi akan musnah)

“I would like to clarify that these two islands are located outside the PSR site, and all efforts will be made for these places to remain as fishing areas.” 
(Saya ingin menjelaskan bahawa kedua pulau ini terletak di luar tapak PSR, dan segala usaha akan dilakukan agar tempat-tempat ini tetap kekal sebagai kawasan menangkap ikan)

“He said the reclamation will be carried out in a controlled manner, protecting the surrounding areas.”
(Katanya, penambakan akan dilakukan secara terkawal, melindungi kawasan sekitarnya)

“Among the measures to be taken is the installation of silt curtains, to ensure that the seawater around the site is not polluted.” 
(Antara langkah yang harus diambil adalah pemasangan tirai kelodak, untuk memastikan air laut di sekitar lokasi tidak tercemar)

Jawapan 2: 

Laut mempunyai arus pasang surut dan gerakan air di dasarnya. Arus dasar ini tak kenal sempadan sama ada di dalam atau di luar tapak PSR. Bermakna arus bebas bergerak tanpa mengira sempadan yang dibuat kononnya arus takkan membawa kelodak selut yang berpunca daripada aktiviti korekan ke tempat lain yang berdekatan seperti di bawah Jambatan Kedua atau di Pulau Kendi.

Saya ada 5 soalan untuk TKM1 jawab sebelum beliau terus untuk membuat argumen naif berkaitan ekosistem laut.

(1) Apakah TKM1 fikir beliau mampu halang arus bergerak ikut sempadan fizikal yang dilukis dalam pelan rancangan?

Arus laut tidak pernah berfungsi ikut sempadan yang kita buat. Arus laut mempunyai aturan ekosistem yang tak sama macam kita. 

Kita harus muhasabah bagaimana kesan sisa korekan Jambatan Kedua pun pernah memberi kesan terhadap Pantai Selatan Pulau Pinang beberapa tahun lepas. 

Kotoran sisa tambakan Jambatan Kedua dibawa arus mengotorkan kawasan sisir pantai, menyebabkan ikan lari dan hasil tangkapan berkurangan. 

(2) Sejauh manakah pegawai alam sekitar yang dilantik mampu memastikan tirai kelodak (silt curtain) dapat mencegah pencemaran sekitar tapak PSR?

(3) Apakah pegawai alam sekitar tersebut mampu melakukan pemantau dengan menyelam sampai ke dasar laut?

(4) Ataupun beliau hanya mampu menanti sehingga laut tercemar dahulu barulah arahan berhenti kerja dibuat?

Nelayan Tanjong Tokong telah mengalami akibat yang jelas apabila aktiviti tambakan yang dibuat di E&O, STP1 dan STP2 yang membuatkan air laut tercemar berkeladak tanpa mampu dikawal oleh pegawai alam sekitar yang mempunyai konflik berkepentingan iaitu lantikan pengendali projek.

(5) Apakah TKM1 tidak peduli dengan kelemahan pemantauan kontraktor bagi projek-projek sebelum ini?

Petikan 3

“He hopes Zikrullah will take a more positive approach by submitting feedback and suggestions to aid fishermen.”
(beliau berharap Zikrullah akan mengambil pendekatan yang lebih positif dengan mengemukakan maklum balas dan cadangan untuk membantu nelayan)

Jawapan 3:

Saya sentiasa konsisten mengambil pendekatan positif untuk membantu nelayan dengan berusaha supaya projek PSR yang menyebabkan kemusnahan kekal dan memberi impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan dan jaminan sumber bekalan makanan negara (seperti yang dinyatakan dalam surat kelulusan EIA) dibatalkan. 

Petikan 4

“Finally, I emphasise that we will not start the project until it has received environmental management plan (EMP) approval.” 
(Akhirnya, saya menekankan bahawa kita tidak akan memulakan projek sehingga mendapat kelulusan rancangan pengurusan alam sekitar)

Jawapan 4:

Saya bersetuju dengan pandangan tersebut, bahkan ingin mengingatkan bahawa projek PSR ini tidak boleh dimulakan selagi 5 saranan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub] dalam sidang Dewan Rakyat 16 Julai 2019 yang disyaratkan untuk dilakukan tanpa gagal.

5 saranan tersebut adalah;

(1) Menggazet Zon Konservasi Perikanan di sepanjang pesisir pantai dari Pulau Betong ke Teluk Bahang termasuk kawasan air sehingga baru nautika.

(2) Pengazetan Middle Bank sebagai ‘fisheries protected area’

(3) Pengubahsuaian reka bentuk pulau dengan menyediakan laluan migrasi subtidal zone sedalam 1 hingga 2 meter ketika air surut paling rendah dengan kelebaran yang mencukupi di Selatan pulau yang dicadangkan untuk udang putih besar dan udang swallow berhijrah ke Barat Pulau Pinang. 

(4) Menjalankan kajian Ontogenetic Migration of Peanaus Merguiensis and Metapenaeus Ensis, ini udang putih and The Impact of Dredging and Reclamation of PSR of The Two Prawns Population and Their Fisheries, one year cycle complete.

(5) Menjalankan kajian Noise Population Impact on Fish Due to Dredging and Reclaimation of PSR.

ZIKRULLAH ISMAIL
Pengerusi Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang – LEKAS 
Chairman , Penang Sustainable Natural Heritage Association – HARAKAHDAILY 19/2/2021

- Advertisement -