Muafakat Nasional Selangor pertahan Kerajaan PN

- Advertisement -


SHAH ALAM: Muafakat Nasional Negeri Selangor menyahut seruan pimpinan pusat untuk terus merancang secara strategi bagi memperkukuhkan muafakat nasional dengan menjadikan perpaduan ummah sebagai platform yang utama.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, ianya suatu usaha yang jitu penuh kesedaran dari pihak pimpinan Selangor bagi meyakinkan ahli-ahli PAS dan Umno di negeri itu.

- Advertisement -

Begitu juga kata beliau menyakinkan penyokong dan rakyat di semua peringkat khususnya di negeri Selangor.

Beliau berkata, semoga kepelbagaian kaum dan penganut agama terus memberikan sokongan usaha yang bersungguh ini.

Katanya apa yang lebih penting, Muafakat Nasional negeri Selangor mahu pimpinan di setiap peringkat akan terus lebih kenal siapa kawan dan musuh dalam berpolitik.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Umno Selangor baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 25/12/2020

- Advertisement -