Keluarga mangsa kebakaran dapat perhatian Muslimat PAS

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh telah meluangkan masa menyantuni enam keluarga mangsa kebakaran di Taman Sembilang, Seberang Jaya, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Kunjungan bersama Jentera Pilihan Raya DUN Seberang Jaya serta Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Seberang Jaya ini hadir dalam memberikan simpati dan menzahirkan sokongan moral kepada para penduduk berkenaan.

Dalam kejadian 15 Disember lalu yang dipercayai berpunca disebabkan litar pintas ini, 20 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Prai telah mengambil masa tiga jam mengawal kebakaran.

Ziarah ini diadakan bertujuan membantu mangsa yang terjejas dengan musibah dan sebagai perhatian terhadap kebajikan mereka di mana ada antaranya kini menyewa sementara di Taman Ciku, Bukit Mertajam.

Turut serta menyampaikan sumbangan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan Muslimat PAS Pulau Pinang, Fatimah Abd Hamid dan Pengarah Pilhan Raya Muslimat Permatang Pauh, Suraiya Mohd Saad.

“Ziarah ini secara tak langsung dapat mengenali isi rumah dan  mengeratkan hubungan silaturahim sesama Muslim,” ujar Fatimah.

Kata Suraiya pula, sumbangan dihulurkan semasa pertemuan ini diharap membantu meringankan sedikit bebanan ditanggung dan semoga mangsa bersabar diatas segala musibah yang dihadapi. – HARAKAHDAILY 25/12/2020

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!