Selamatkan Madrasah Darul-Itqanil Quran – MCM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masyarakat Muslim Odeyale, Nigeria terpaksa memilih untuk bersekolah di Sekolah Kristian disebabkan Pusat Pendidikan Islam di kawasan berkenaan tidak mampu menampung kapasiti penduduk selain kekurangan kemudahan.

- Advertisement -

Hal ini kerana kata Presiden Muslim Care Society (Muslim Care), Zulkifli Wajihan, Madrasah Daarul-Itqanil Quran yang terletak di Odeyale, Nigeria merupakan satu-satunya pusat pendidikan Islam yang berada di kawasan tersebut.

Jelasnya, Sekolah Kristian yang lebih sempurna dari aspek ruang dan kemudahannya selain gereja yang terletak berhampiran kawasan tersebut telah menjadi satu ancaman terbesar dalam mempertahankan aqidah masyarakat Muslim Odeyale, terutamanya anak-anak mereka.

Bahkan, sebahagian Muslim di Odeyale terpaksa memilih jalan untuk keluar daripada Islam disebabkan terhutang budi dan atas dasar perkahwinan yang mana sekaligus menyebabkan anak-anak mereka juga terpakasa dihantar belajar ke Sekolah Kristian tersebut.

“Program Tahfiz, Madrasah dan Akademik yang disediakan, terbukti cukup sempurna dengan pemohonan kemasukkan yang sentiasa meningkat, namun terhalang dengan kekurangan ruang dan kemudahannya,” katanya.

Justeru itu, Muslim Care Malaysia mengambil tanggungjawab ini untuk melengkapkan pembinaan Madrasah Daarul-Itqanil Quran, Nigeria dengan kos sebanyak RM700,000.

HARAKAHDAILY 25/12/2020

- Advertisement -