Konsert ‘Malam 100 Pendikir bersama Lefthanded’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan permit konsert ‘Malam 100 Pendikir bersama Lefthanded 40 tahun’.

- Advertisement -

Setiausaha Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan, Azman Mohd Daham berkata, kebenaran tersebut dikeluarkan kerana pihak penganjur patuh Enakmen Kawalan Hiburan 1998.

Katanya, konsert yang bakal diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 13 Februari tahun depan dibuat pengasingan penonton lelaki, perempuan dan keluarga.

“Kita juga harap penonton dapat mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal ketika konsert itu nanti.

“Konsert ini diadakan akan mencipta sejarahnya sendiri apabila menjadi sebuah konsert terbesar serta dapat memartabatkan seni dikir barat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar konsert ‘Malam 100 Pendikir bersama Lefthanded 40 Tahun’ (Projek Gila) di Ibis Style Hotel, Kota Bharu di sini semalam.

Turut hadir penyanyi utama Lefthanded, Dato’ Nash atau nama sebenar Nashrudin Elias; pemain gitar, Man Kidal dan Pengarah Pelancongan Wilayah Timur, Hafiz Hazin.

Pada konsert yang akan dilangsungkan selama dua jam itu bakal berkerjasama dengan 100 pendikir di Kelantan yang terdiri dari nama-nama besar industri itu.

Lefthanded yang kini dibarisi muka-muka baru selain Nash dan Man Kidal, Lefthanded 2020 turut disertai oleh pemuzik baru yang berpengalaman dan berbakat besar.

Ia seperti pemain bass, Fly Halizor @ Halizor Hussein; pemain gitar, Ritz @ Rizal Abdul Halim; pemian keyboard, Rozario dan pemain drum, Hafiz anak kepada Man Dayak.

Konsert yang bertemakan daripada judul salah satu albumnya iaitu ‘Alam dan Pencipta’ bertujuan untuk merancakkan lagi promosi pelancongan sempena tahun melawat Kelantan 2021.

Penjualan tiket akan bermula pada awal tahun depan dan maklumat lanjut boleh didapati di lama sesawang www.projekgila4u.com atau talian 0105082577. – HARAKAHDAILY 25/12/2020

- Advertisement -