BEBERAPA hari lepas saya menulis mengenai kegemilangan Zionis mengatur langkah bagi mencapai agenda mereka sepanjang 2020. Tulisan tersebut boleh diakses melalui link ini [1].
Nampaknya rancangan mereka untuk 2020 ini masih belum berakhir. Pewajaran Israel, kepercayaan Zionis dan ajaran Yahudi terus dilakukan dalam hari-hari terakhir tahun ini.
Kalau kita perasan, mereka menggunakan platform media sosial paling popular di dunia untuk menjayakan agenda doktrinisasi. Paparan background bertemakan perayaan Hanukkah adalah petunjuk jelas bagaimana mereka cuba mewajarkan perjuangan Zionis dalam minda separa sedar masyarakat dunia.
Kenapa Hannukah?
Bilangan penganut Yahudi di dunia ini kurang 15 juta atau kurang 0.2 peratus daripada populasi dunia. Mereka bukan ajaran major dunia. Kenapa perlu raikan perayaan Yahudi kepada pengguna Facebook yang kebanyakannya bukan Yahudi? Setakat saya tahu, penganut Sikhism dua kali melebihi Yahudi, tiada pula ajaran mereka diraikan sebegini rupa?
Jawapan paling mudah adalah; kerana Facebook adalah milik Yahudi. Mark Zuckerberg berbangsa Yahudi dan penganut ajaran Yahudi atau Judaism. Namun Hannukah tidak hanya popular di Facebook, malah turut dirayakan oleh sebilangan komuniti Kristian yang terpengaruh dengan doktrin Zionisme seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kalau sekadar beralasan Yahudi pula, kenapa perlu Hannukah diberi sambutan begitu hebat? Sedangkan ia hanya perayaan kecil dalam ajaran Yahudi. Hari kebesaran mereka adalah Yom Kippur, Rosh Hashanah, Sukkot, Passover dan Shavuot. Tiada cuti umum khusus untuk sambutan Hanukkah di Israel.
Asal usul Hannukah
Jika dikaji sejarah perayaan ini, ia berkait soal politik Yahudi. Meraikan kemenangan puak Yahudi Maccabees ke atas Empayar Greek Seleucid (legasi atau pecahan Kerajaan Alexander The Great). Semasa Seleucid menakluk Mashriq atau Syam, mereka telah menghancurkan Solomon Temple kedua (Replika singgahsana Kerajaan Nabi Sulaiman) dan menggantikan dengan rumah ibadat Hellenism (kepercayaan Greek Kuno).
Selepas membebaskan Jurusalem, Maccabees membersihkan Solomon Temple dan meletakkan kembali Menorah di atas runtuhan berhala Zeus (dewa Greek). Menorah asal adalah bekas yang mempunyai tujuh batang lilin. (Tetapi di luar Solomon Temple, mereka menggunakan sembilan batang seperti dalam background facebook). Api tersebut bertahan sehingga ke 8 hari. Lalu sejak itu mereka meraikan peristiwa ini 8 hari setiap tahun pada tarikh yang sama (25 Kislev – 5 Tevet mengikut kalendar Hebrew).
Kerajaan Sulaiman dan Israel Raya
Perayaan ini berkait rapat dengan agenda Zionis sekarang. Zionisme diasaskan bagi melobi orang Yahudi untuk kembali ke Palestin, dengan dakwaan bahawa mereka akan menegakkan kembali Kerajaan Nabi Sulaiman di sana.
Yahudi sudah berjaya menguasai hampir keseluruhan Palestin. Bahkan mereka sedikit demi sedikit telah melebarkan taklukan ke tanah kekuasaan Jordan dan Syria. Misi sebenar mereka seperti yang didakwa Herzl (1897), Rabbai Fischmann (1945) dan Oded Yinon (1980) adalah bagi menubuhkan Negara Israel Raya dari Sungai Nil di Mesir ke sungai Furat daripada Turki, Syria Iraq. Ia juga termasuk Jordan, Lubnan serta daerah-daerah di Arab Saudi dan Turki.
Misi mendirikan Solomon Temple
Usaha meruntuhkan Masjidil Aqsa sedang giat dilakukan sekarang. Menurut Dr Murawweh Nassar, SU Lajnah al-Quds di bawah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, berbagai cara dilakukan. Antaranya menggali bawah al-Aqsa bagi meruntuhkan tapaknya.
Mujurlah umat Islam masih bertahan dengan terus memakmurkan masjid walau terpaksa menggadaikan nyawa. Berbagai kempen dan misi yang dilakukan bagi memastikan kependudukan Islam terus wujud di al-Aqsa dan sekitar.
Mereka mahu menegakkan kembali Solomon Temple di atas runtuhan al-Aqsa. Boleh baca catatan saya pada 2016 lalu [2].
Menorah dan Star of David
Selain Menorah, simbol bintang berbucu enam juga memiliki makna politik. Menurut Yahudi, ia adalah lambang perisai David (Nabi Daud A.S), bapa Nabi Sulaiman. Nabi Daud adalah watak utama yang membunuh Jalut (Goliath) dan menegakkan Kerajaan Bani Israel (Kingdom of Judah) dalam misi pembebasan Palestin di bawah arahan Nabi Yusha’, anak didik Nabi Musa. Perkara ini direkodkan dalam surah al-Baqarah (256-252).
Lambang perisai Daud (Star of David) turut terdapat pada bendera Israel. Orang Islam lebih mengenali bintang enam sebagai cop mohor Kerajaan Sulaiman (خاتم سايمان ). Gandingan Menorah dan Star of David pada perayaan Hannukah memberi mesej jelas aspirasi Zionis bagi mengembalikan Kerajaan Sulaiman menguasai dunia.
Messiah dan Dajal
Kepercayaan Zionis tidak terhenti setakat Israel Raya sahaja. Menurut kitab Talmud, mereka percaya akan muncul pemimpin Yahudi bergelar Messiah (al-Masih) bagi menjadi pemimpin Yahudi. Messiah akan memerintah dunia sebagaimana Sulaiman pada kemuncak sejarah manusia (akhir zaman). Inilah yang mereka percaya sebagai kerajaan tuhan (Kingdom of God). Walaupun kebanyakan Yahudi Orthodoks menentang Zionism kerana menganggap ia adalah penyelewengan ajaran Yahudi, namun satu persatu kejayaan Zionis mutakhir ini menyebabkan makin ramai Yahudi mempercayainya.
Bagi umat Islam pula, Messiah yang dimaksudkan adalah al-Masih Dajal. Allah izinkan dia untuk merajai dunia, merosakkan akidah hampir seluruh umat manusia dalam persekitaran yang amat kondusif untuknya. Diberikan kuasa yang sangat besar melebihi manusia biasa.
Walaupun Dajal belum muncul, perjuangan Zionis terarah kepada membentuk Kerajaan Dajal. Dengan bantuan Iblis dan syaitan yang sudah mengetahui rahsia langit, inilah mantera-mantera yang dibaca mengenai Kerajaan Sulaiman bagi menyesatkan manusia akhir zaman (al-Baqarah: 106).
Apa yang melucukan, Menteri Kesihatan Israel yang bermazhab Hasidic (konservatif) berdoa agar Messiah segera muncul sebelum perayaan Passover tahun ini bagi menyelamatkan Yahudi dari COVID-19. Beliau berucap pada bulan Mac lalu, manakala Passover sudah berlalu April lalu.
Mengharmoni nas dan logik
Jika perkara ini dikaji mengikut disiplin ilmu sains politik hubungan Antarabangsa (IR), mungkin agak sukar menjelaskan logik kekuasaan Pax-Judaica. Ini kerana mereka masih tidak mengkategorikan Israel sebagai kuasa besar (Great atau Major Power) berasaskan parameter yang ada. Justeru pengkaji IR lebih tertumpu kepada negara yang dilihat lebih berpotensi buat masa sekarang untuk bangkit menjadi pesaing Pax-Americana. Sama ada Pax-Sinica atau Pax-Russica. Namun bukan buat masa terdekat ini.
Tetapi sejarah menunjukkan kebangkitan sesebuah kuasa tidak semestinya berjaya diduga. Kebangkitan Cyrus The Great menegakkan empayar Parsi, menewaskan empayar Babylon yang telah tertegak ribuan tahun, kebangkitan Mongol menjajah empayar Islam hingga jatuhnya Abbasiah, bahkan kebangkitan umat Muhammad sendiri di celah dua kuasa besar Rom dan Parsi dianggap sebagai plot twist terbesar dalam sejarah manusia. Maka tidak mustahil jika Zionis berjaya bangkit sebagai kuasa dunia.
Bangsa yang pernah memiliki sejarah keagungan berpotensi untuk bangkit kembali. China yang pernah memiliki empayar besar berbagai dinasti kini bangkit menyaingi ekonomi US. Russia yang pernah memiliki empayar Soviet Union masih dianggap ancaman US oleh kalangan Internationalism. Barat yang berbangga dengan empayar Greek dan Rom mereka menjalankan misi penjajahan pasca era enlightenment. Turki sendiri bernostalgia dengan Kerajaan Uthmaniah sehingga menggelarkan diri sebagai The New Ottoman. Oleh itu tidak mustahil Bani Israel yang memiliki sejarah menguasai dunia mampu kembali bangkit.
Justeru kemungkinan Pax-Judaica untuk tertegak tidak harus ditolak mentah. Apatah lagi ia disokong oleh Hadis-hadis eskatologi Islam. Tanpa menafikan kepentingan teori IR bagi memahami dunia secara lebih realistik, ilmu akhir zaman juga perlu dihadam agar kita lebih futuristik.
Kajian masa depan
Kajian masa depan (future study) atau futurologi bukan lagi satu khayalan, bahkan ia adalah methodologi yang diperakui bidang akademik dalam membaca unjuran masa hadapan untuk kita melakukan persiapan hidup yang sepatutnya. Kewujudan telefon pintar dan kereta autonomous hari ini adalah hasil kajian masa hadapan yang dibuat puluhan tahun lampau.
Tinggal lagi kita menyesuaikan methodologi kajian masa depan dengan petunjuk-petunjuk agama yang ada, terutama dalam hal membina kebangkitan Islam akhir zaman. Bukan sekadar kajian untuk kepentingan materialistik semata-mata.
Persiapan kebangkitan
Tulisan ini bukanlah untuk menakutkan. Sebaliknya sebagai sebuah persediaan untuk mengatur langkah kehadapan. Walaupun kita percaya Dajal bakal berkuasa, namun jangan dilupa Hadis-hadis yang menyatakan tempoh pemerintahan Dajal hanya 40 hari, Dajal bakal dibunuh oleh Nabi Isa, al-Mahdi bakal muncul dan Khilafah Akhir Zaman akan tertegak.
Walau bagaimanapun, kepercayaan Islam bakal menang kembali harus disertakan dengan usaha membina generasi kemenangan. Sunnah perjuangan Islam tidak berlaku sekelip mata sebaliknya melalui proses pembinaan jati diri atau tarbiah yang mampan. Berdasarkan manhaj syarak yang telah digariskan al-Quran dan Sunnah, ia perlu diaplikasikan sebaiknya.
Manhaj tarbiyah perlu disusun rapi sejak dari bangku remaja. Fiqh Harakah Islamiah yang digagaskan Imam Hasan al-Banna adalah modul terbaik ke arah kebangkitan Islam akhir zaman. Rujuk buku Nadi Perjuangan atau Membina Generasi Kebangkitan Islam.
Akhir kata, semoga kita tidak paranoid dengan maklumat akhir zaman yang diterima. Terus rasional mengatur langkah ke hadapan. Kebangkitan Islam perlukan usaha. Kalau bangsa Arab tidak mahu, tuhan akan pilih bangsa lain. Mungkin kita umat Melayu, asalkan mengikut manhaj kebangkitan yang betul. Yakin, doa, usaha dan tawakal.
Sabda Rasulullah S.A.W:
إِنْ قَامَتْ عَلَى أَحَدِكُمُ الْقِيَامَةُ ، وَفِي يَدِهِ فَسِيلَةٌ فَلْيَغْرِسْهَا
“Sekiranya kiamat sedang berlaku ke atas kamu, sedang di tanganmu terdapat biji benih, maka tanamlah ia.”
[Hadis Riwayat Ahmad]
ALANG IBN SHUKRIMUN
2 Jumadal Ula 1442
17 Disember 2020 – HARAKAHDAILY 17/12/2020
[1] https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/14/2020-tahun-malapetaka-buat-dunia/
[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1046543805427023&id=833314706749935