Pelik, pelik dan pelik!

- Advertisement -

KALI ke-9 MP pembangkang minta undi belah bahagian ketika Dewan Rakyat mahu memutuskan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa. Hari ini tiba giliran Kementerian Wilayah Persekutuan. 

Pembangkang yang mengusulkan undian belah bahagi dan bila tiba masanya untuk mengundi Ahli Parlimen pembangkang pula membantah petua Speaker Dewan Rakyat mengenai kaedah pengundian hari ini, iaitu mengenai tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE). [1]

- Advertisement -

Bagi proses pengundian, mereka dibenarkan masuk melalui pintu Galeri Awam Dewan Rakyat. Undi akan diambil daripada mereka dan penghitung serta pemerhati juga perlu memakai pelindung muka.

Speaker Dewan Rakyat telahpun mengatakan bahawa, sebelum ini ada MP yang datang ke Dewan Rakyat dan melanggar SOP. Jadi disebabkan ada undi belah bahagian maka sebab itu mereka dibenarkan mengundi atas prinsip demokrasi.

Speaker minta undian dibuat dengan cepat tetapi MP pembangkang asyik menjerit-jerit mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat. Terdengar ayat MP pembangkang menjerit, ‘tak payah undilah, kita keluarlah, bahaya’.

Jelas kelihatan ada MP pembangkang yang menyeru MP pembangkang yang lain keluar Dewan dan ada pula yang enggan memboikot undian belah bahagi. 

Bila DS Anwar Ibrahim dan DS Dr Wan Azizah keluar Dewan, Nurul Izzah tidak pula mengikuti jejak ibu bapanya. Ternyata keadaan kelam kabut sedikit. Selain YB Nurul, YB DS Mukhriz, YB Syed Saddiq, YB Hannah Yeoh, YB Wong Shu Qi dan YB Christina Liew, juga antara MP pembangkang yang kekal berada di dalam Dewan ketika undian belah bahagian dijalankan.

Selepas undi dikira, sebanyak 110 undi menyokong berbanding 7 undi tidak menyokong. Ini sekali gus menjadikan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan diluluskan Dewan Rakyat. Nampaknya pembangkang hanya buang masa dan tidak serius di dalam Dewan Rakyat!

YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan – HARAKAHDAILY 14/12/2020

[1] https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1786651278169035

- Advertisement -