Membangun modal teroka dan syarikat permulaan

HARI ini saya telah menyaksikan 8 pengurus dana modal teroka (VC) menerima surat penganugerahan untuk melabur, dengan sokongan dana padanan dari kerajaan, sehingga RM1.57 bilion menerusi program Dana Penjana Nasional, iaitu sebuah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk memberikan sokongan pembiayaan kepada syarikat permulaan (start-up) di Malaysia dan Asia.

Dana Penjana Nasional merupakan program Fund-of Funds yang telah dilancarkan pada Jun 2020, bagi memastikan pertumbuhan industri start-up terutama di sektor bernilai ganda tinggi seperti agritech, fintech, edutech, mobiliti, dan AI.

Advertisement

Alhamdulillah, nilai pelaburan oleh pengurusan dana VC domestik dan Antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat, Korea Selatan, China, Indonesia dan Singapura di bawah program ini melangkau unjuran asal RM1.2 bilion, dengan komitmen tambahan sebanyak RM370 juta oleh VC tersebut. Ini menunjukkan keyakinan di dalam potensi ekonomi Malaysia, dan industri modal terokanya dalam memupuk pembangunan jangka masa sederhana dan panjang.

Selamat maju jaya saya ucapkan buat semua yang terlibat, dan semoga Penjana Kapital meneruskan usaha untuk mengembangkan industri yang berpotensi tinggi ini. ⠀⠀⠀

Growing the national venture capital and startup sectors⠀⠀

Today I witnessed 8 venture capital fund managers receive their letters of award to invest up to RM1.57 billion, together with a Government matching fund, through the Dana Penjana Nasional (DPN) Programme. DPN is an initiative under the National Economic Recovery Plan (PENJANA) to provide funding support to start-ups in Malaysia. ⠀⠀

Dana Penjana Nasional was launched in June 2020 to support the growth of our start-up industry especially in sectors with high multiplier effects such as agritech, fintech, edutech, mobility and AI. ⠀⠀

Alhamdulillah, the investment sum by these international VC funds including from the US, South Korea, China, Indonesia and Singapore under this programme has exceeded the initial target of RM1.2 billion with a potential committed additional investment of RM370 million. This shows confidence in the potential of Malaysia’s economy and its start-up space for medium & long term growth.

I wish the best of luck to those involved in the programme, and to Penjana Kapital in its efforts to grow this promising industry.

TENGKU ZAFRUL AZIZ 
Menteri Kewangan – HARAKAHDAILY 14/12/2020