Apek Cina ajak hormat agama, patuh undang-undang

SAYA seorang Buddhist. Banyak Dewa agama Hindu adalah Dewa di agama saya juga. Bila melalui kuil Hindu, saya akan menunjukkan penghormatan saya dengan menutup tapak tangan dan turunkan dahi. Kita haruslah menghormati semua tempat beribadat tak kira Masjid Islam ke, Gereja Kristian ke, Tokong Buddha ke, Kuil Hindu ke.

Cumanya, penjaga-penjaga tempat-tempat ibadat ini seharusnya menghormati Kedaulatan Undang-undang Negara ini dahulu. Apabila kita membina tempat ibadat di tanah orang lain, ataupun tanah kerajaan yang dimiliki semua rakyat secara haram, itu telah salah di sisi undang-undang.

Advertisement

Kita tidak boleh menyembunyikan kesalahan undang-undang di belakang agama dan kebudayaan, melainkan undang-undang tersebut menyebut sebaliknya. Tak kira tempat ibadat itu 30 tahun, 50 tahun atau 100 tahun, tapak bersejarah bukan sekadar pengiktirafan diri sendiri.

Hanyalah Jabatan Warisan Negara (JWN), yang akan mengukur nilai warisan sesebuah bangunan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh UNESCO berhak untuk mengiktiraf sesebuah bangunan sebagai bangunan warisan.

JWN akan berbuat demikian tanpa mengira mana-mana agama, salah satu tapak warisan adalah Batu Caves, tempat ibadat bagi penganut Agama Hindu. Kalaulah sesebuah tempat ibadat diiktiraf sebagai warisan oleh Jabatan Warisan Negara, maka Undang-undang Negara akan melindungi bangunan itu dan mencegah mana-mana pihak termasuk kerajaan untuk merobohkan. 

Meneroka hutan untuk tanaman durian secara haram itu adalah salah. Membina tempat ibadat adalah salah, tak kira berapa tahun selagi tidak diiktiraf oleh JWN. Prinsip Rukunegara, Kepercayaan Kepada Tuhan haruslah berlandaskan Kedaulatan Undang-undang. Seperti video tadi, kita tidak boleh mengambil sekerat dan membuang yang lain. Itulah pandangan saya.

APEK CINA – HARAKAHDAILY 4/12/2020

Sumber asal: https://www.facebook.com/674810622880986/posts/1260955550933154/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.