RM100 juta selenggara sekolah pondok, tahfiz, SAR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

- Advertisement -

Katanya, perkara itu telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Abdul Aziz ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undangan Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di peringkat dasar, Khamis lalu.

Menurut Zulkifli, peruntukan itu disalurkan bagi penyelenggaraan dan penambahbaikan sekolah pondok, Tahfiz serta Sekolah Agama Rakyat.

Katanya, peruntukan itu akan memberi manfaat kepada lebih 3,500 buah sekolah di seluruh negara.

“Cara pengagihan akan mengikut skema dan prosedur sebagaimana RM100 juta (peruntukan) pada tahun ini telah diagih hampir keseluruhannya.

“Hal yang sama akan dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 30/11/2020

- Advertisement -