Saya tak pelik Saari Sungib ‘melompat’ – UMS

- Advertisement -

KETIKA dalam tahanan ISA, Saari Sungib (Pak Abu) selalu berpasangan dengan Ustaz Badrul Amin. Manakala saya berpasangan dengan Dato’ Lokman Noor Adam. Permainan badminton adalah riadah utama kami setiap pagi. Kadang-kadang sampai 6 set kami berentap.

Bebas dari tahanan saya terkejut bila bertemu Pak Abu di Muktamar PAS di Kelantan. Beliau perwakilan Gombak waktu itu. Saya terperanjat kerana saya tidak sangka Pak Abu boleh menyertai PAS. Pertama kerana beliau orang penting dalam JIM dan kritikan-kritikan pedas JIM kepada PAS seperti memustahilkan kemasukan Pak Abu ke dalam PAS. Hati saya sedikit curiga dengan niat dan tujuan Pak Abu menyertai PAS. Namun sebagai ahli jamaah Islam saya cuba hapuskan keraguan itu. Lebih-lebih lagi beliau inmate saya dalam tahanan.

- Advertisement -

Selang tidak berapa lama Pak Abu melompat keluar PAS ketika beliau masih ADUN Ulu Kelang atas tiket PAS. Singkat katanya Pak Abu khianati PAS. ketika itu saya tidak terperanjat. Kerana sejak awal saya sudah jangka Pak Abu akan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi bila menyemak balik kerja-kerja JIM di luar negara dan dalam negara sebelum itu.

Kini ura-ura beliau akan masuk pula PKR lebih tidak memeranjatkan saya. Bahkan ‘kalau beliau tak melompat ke mana-mana’, itu yang memeranjatkan saya. Pak Abu seorang yang gagal beramal dengan buku tulisan beliau sendiri iaitu Risalah Usrah. Walau bagaimanapun selayaknyalah bagi orang-orang yang berkepentingan duniawi dalam kehidupan ini terus melompat selagi nyawa masih degil untuk meninggalkan jasad.

Tahniah Pak Abu dan terima kasih atas pertolonganmu terhadapku dan keluargaku. Moga Allah membalasimu dengan balasan yang sewajarnya.

USTAZ MOKHTAR SENIK (UMS)
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -