Strategi sekuriti makanan diketengah ke APEC

TURUT serta dalam APEC Virtual Ministerial Policy Dialogue on Food Security 2020 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan pada hari ini yang mana ia julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan secara maya.

Persidangan kali ini menjadi platform kepada 21 negara ekonomi APEC dan sektor swasta yang diwakili oleh APECBusiness Advisory Council (APAC) untuk berkongsi pandangan mengenai strategi-strategi berkaitan polisi sekuriti makanan dalam mendepani penularan wabak COVID-19 dan memastikan sekuriti makanan di rantau Asia Pasifik terus proaktif, berdaya tahan dan mampan.

Advertisement

Malaysia sendiri telah melakukan beberapa langkah dalam mengurangkan impak COVID-19 terhadap sektor pertanian melalui pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM305 bilion (73.5 bilion USD) termasuk RM1 bilion (240 juta USD) bagi Dana Jaminan Makanan.

Penyataan negara-negara ekonomi APEC untuk memudahkan aliran produk makanan dan pertanian merentasi sempadan, mengurangkan gangguan rantaian bekalan makanan global dan memastikan hubungan perdagangan tetap terbuka untuk kelestarian sekuriti makanan serantau juga turut dinyatakan dalam dialog semalam.

DATO’ CHE ABDULLAH MAT NAWI
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
Mewakili Malaysia selaku The Head of Delegation – HARAKAHDAILY 28/10/2020