Kesatuan yang buatkan PH demam tak kebah

- Advertisement -

SAYA percaya sekeping gambar ini sudah cukup menjadikan demam PH tak kebah. Masakan tidak… berbulan-bulan mereka cuba memecahkan tembok MN dengan berbagai cara. Melagakan PAS dengan Umno. Melagakan Umno dengan BERSATU, melagakan BERSATU dengan PAS. Cybertrooper mereka tak tidur sepanjang malam mencipta fitnah-fitnah dan persepsi yang salah terhadap Kerajaan PN.

Cybertrooper mereka dah hampir gila buat kerja. Adakala mereka jadi orang Umno belasah PAS dan BERSATU. Dalam masa yang lain pula mereka jadi orang BERSATU belasah PAS dan Umno. Lepas itu jadi orang Anwar pula dan kejap lagi jadi orang Tun. Pendek kata dah macam-macam mereka buat. Tup tup keputusan PN ialah memperkukuhkan MN dan mempertahankan PN.

Sejurus selepas Anwar mendapat tarikh mengadap Agong bagi mempersembahkan ‘sokongan kukuh yang meyakinkan’ MP-MP kepada beliau, khadam-khadam DAP melompat girang. Khadam yang bersembunyi dalam gua tiba-tiba menjenguk wajah semula. Keluar saja dari gua terus bersuara lantang maki PAS dan Umno. Tapi bila Anwar kata sokongan kukuh itu maksudnya sokongan yang datang dari MP PKR. Maka sekali lagi mereka terduduk. Terasa benar dikencing. Tapi apakan daya, selaku khadam mereka tiada pilihan selain daripada terus mengkhadamkan diri.

- Advertisement -

Ketika saya tulis status mengatakan Anwar akan gagal menduduki kerusi Perdana Menteri dan kali ini Anwar sudah checkmate, ramai khadam maki saya dan belasah saya dalam wall teman-teman mereka. Tapi seperti biasa ‘ada saya kisah’ dengan makian mereka. Demam pun tidak. Ada juga yang cuba hilangkan kepercayaan saya kepada kesetiaan Umno dalam MN. Mereka PM beritahu saya Umno akan sokong Anwar kerana tidak setuju Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dari BERSATU menduduki kerusi PM. Sedangkan Umno lebih banyak kerusi dari BERSATU. Saya jawab saya tak percaya sedangkan itu politik Umno. Kerana jika Umno meninggalkan TSMY dan menyokong Anwar atas alasan tidak mahu parti BERSATU yang sedikit kerusi itu menjadi PM. Maka apakah dengan menyokong Anwar itu Umno dapat jadi PM kerana kerusi Umno lebih banyak dari PKR?… Lebih-lebih lagi menyokong Anwar bermakna Umno terpaksa kehilangan PAS dan terpaksa sekapal pula dengan DAP. 

Tiba-tiba dalam kekecohan itu muncul gambar di bawah… Maka semua cybertrooper PH terkejut bagaikan seekor monyet ternampak wajah mereka dalam cermin. Namun saya bercaya selepas terkejut itu mereka akan cari jalan lain untuk hancurkan ikatan MN dan simpulan PN. Kepada ahli-ahli PAS, Umno dan BERSATU… ayuh kita pertahankan kerajaan ini. Di samping itu kita berdoa agar Allah selamatkan negara ini dari ditadbir oleh PH atau DAP.

Muafakat PAS Umno bergerak semakin kukuh. ikatannya semakin erat. Kalau ibarat solat… saff dah penuh dan rapat. Peluang untuk makhluk asing mencelah semakin tipis. Tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua pihak pimpinan. Kepada ahli PAS dan Umno, ayuh kita terus maju ke hadapan. Pedulikan pimpinan dan cybertrooper PH yang pastinya menggelupur berguling-guling. 

Penyatuan ini untuk agama, negara dan ummah. Pedulikan PH yang masih sibuk dengan agenda Anwar, agenda Tun dan agenda DAP. PAN tiada agenda kerana dia hanya gerabak kosong di belakang kepala keretapi DAP.

Oleh kerana agenda Muafakat ini besar, maka semua pihak perlu berjiwa besar. Jangan lagi terpengaruh dengan kerja-kerja musuh yang nak hancurkan agenda besar ini. Jangan sampai kita bertelagah sesama sendiri. Cukuplah pengalaman lampau menjadi pengajaran dan iktibar bersama. Ingat… kekalahan awal kaum Muslimin dalam Perang Hunain bukan disebabkan perkara teknikal dan lahiriah. Tapi kalah disebabkan sombong dengan jumlah yang ramai. Perlu disedari dalam situasi sekarang tiada siapa yang kuat sama ada PAS atau Umno. Asal berpecah sahaja semuanya akan kalah. Berita gembira buat PH ialah berita Muafakat Nasional (MN) telah berpecah.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -