Sektor pertanian dapat peruntukan lebih besar

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan dijangka menyediakan peruntukan agak besar berbanding sebelum ini memandangkan industri pengeluaran makanan penting ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, peruntukan tersebut akan dibentang pada Belanjawan 2021 yang dijangka November ini.

- Advertisement -

Katanya menjadi tanggungjawab kementerian terbabit mempertingkatkan bekalan makanan bagi keperluan rakyat.

“Alhamdulillah peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sektor pertanian yang menghasilkan bekalan makanan berjalan lancar.

“Rakyat tidak menghadapi masalah untuk mendapat bekalan makanan dan ia dapat diagihkan sebaik mungkin,” ujarnya selepas melawat penternakan arnab di Kampung Buluh Poh Ketereh dekat sini, semalam.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Che Abdullah juga berkata, hasil kecekapan kerajaan mengurus sektor pertanian menghasilkan bekalan makanan negara yang mencukupi bagi keperluan rakyat. – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -