Jabatan Perikanan sita 320 bubu naga

Foto ZULKIFLI HUSIN
- Advertisement -

BACHOK: Operasi Jabatan Perikanan Malaysia bersama Polis Marin Markaz Tiga Pengkalan Kubor berjaya menyita 320 bubu naga yang dianggarkan bernilai RM49,400.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan Nazri Ishak berkata, operasi bersepadu yang bermula 18 hingga 21 Oktober itu bagi memastikan penggunaan peralatan tersebut dihentikan.

- Advertisement -

Katanya, penggunaan bubu naga dengan cara tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan kerajaan boleh menjejaskan ekosistem kehidupan marin.

“Akta Perikanan 1985 jelas menyatakan penggunaan bubu naga yang dibenarkan hanya mempunyai tidak lebih dua injap bagi satu unit, kebanyakkan kita sita lebih dua injap.

“Operasi selama tiga hari yang dijalankan di jeti-jeti pendaratan ikan seluruh Kelantan berjaya menyita dan merampas bubu tersebut daripada nelayan,” katanya pada sidang media di Jeti Pengkalan Perlindungan Sumber Perikanan Tawang di sini, hari ini.

Turut hadir Pegawai Pemerintah Markaz Operasi Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, ASP Mohd Rudzuan Ahmad.

Penyitaan peralatan berkenaan terkandung dalam Akta Perikanan 1985 Pekeliling Perlesenan Bilangan Lima 1985 yang dikuatkuasa pada 1 November 2018. – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -