DAP mula pertikai Yang di-Pertuan Agong?

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah
- Advertisement -

DALAM tulisan beliau bertajuk ‘Apakah hari-hari Muhyiddin akan berakhir?’ (‘Are Muhyiddin days numbered?’), Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, menulis begini:

“Anwar telah tidak diberikan peluang saksama untuk membuktikan majoriti ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong…”

(“Anwar has not been given the fair opportunity to prove this majority before the Yang di-Pertuan Agong…”)

- Advertisement -

Bukankah Yang di-Pertuan Agong telah memberikan peluang seluas-luasnya untuk Datuk Seri Anwar membuktikan majoriti ini sewaktu majlis mengadap beliau pada 13 Oktober lalu?

Bukankah, mengikut Istana Negara, Datuk Seri Anwar sendiri yang memilih untuk hanya mengemukakan jumlah tetapi tidak senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau?

Bukankah, mengikut pelbagai tulisan yang disebar oleh para penyokong beliau, Datuk Seri Anwar sengaja tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Parlimen tersebut sebagai satu strategi?

Mengapa pula DAP kini kelihatan mula menyalahkan Yang di-Pertuan Agong kerana kononnya telah tidak memberikan peluang saksama untuk Datuk Seri Anwar membuktikan majoriti ini?

Tulisan Dr P Ramasamy boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/145582732146661/posts/3451025001602401/

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -