Kukuh kerjasama menuju PRU15

- Advertisement -

MESYUARAT Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) yang dijadualkan diadakan semalam, 19 Oktober ditangguhkan seiring dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menangani penularan pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRU15 yang akan datang.

Kepimpinan kedua-dua parti telah bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha Agung I, TAN SRI ANNUAR MUSA
Setiausaha Agung II, DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN – HARAKAHDAILY 20/10/2020

- Advertisement -