Pemimpin masyarakat DUN Pulai Sebatang bertemu

- Advertisement -

PONTIAN: PAS Kawasan Pontian telah mengadakan satu program ramah mesra bersama Ketua-ketua Komuniti DUN Pulai Sebatang pada majlis yang dilangsungkan di di Dewan Orang Ramai, Ayer Baloi, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program bertujuan memperkenalkan Ketua Penyelaras Khas DUN Pulai Sebatang, Ustaz Abdullah Husin yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor kepada semua Ketua-ketua Komuniti dan badan-badan kerajaan (NGO).

Selain itu program ini juga membolehkan untuk bertukar pandangan dan bertemu mata dengan memberi pendapat dan melaporkan bagi memberi gambaran lebih luas mengenai masalah masyarakat setempat untuk diambil tindakan.

Turut hadir sama adalah Ketua BERSATU Bahagian Pontian, Dato’ Isa Ab. Hamid dan Ketua MIC Bahagian Pontian, Samudram Subban serta Timbalan Ketua MCA Bahagian Pontian, Tee Tong Han dan wakil rasmi Ahli Parlimen Pontian, Rahim Pidek.

Juga hadir adalah Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Pontian, Ustaz Mohd Nurfaim Kamal dan wakil dari Persatuan Imam-imam Masjid dan Surau Daerah Pontian melengkapkan majlis yang julung kali diadakan ini.

Menurut Ustaz Abdullah pertemuan ini untuk menyatupadukan semua agensi kerajaan dan entiti dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ke arah mencari kesepakatan untuk rakyat khasnya di Pulai Sebatang.

Selain itu katanya, permusuhan yang berakhir dengan kesepakatan akan memberi kemenangan khasnya kepada umat Islam sesuai dengan firman Allah S.W.T pada ayat 103 surah Ali Imran mengenai penyatuan. – HARAKAHDAILY 6/9/2020

- Advertisement -