Kekal fokus pada musuh sebenar kita DAP!

- Advertisement -

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) konsisten mengikuti perkembangan semasa yang rencam dengan pelbagai isu pada waktu negara sedang berada dalam fasa pemulihan.

Melihat kepada sentimen semasa, GAMIS tidak menolak kemungkinan akan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam masa terdekat untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil untuk fokus kepada pembangunan semula negara pasca pandemik COVID-19.

Dalam mempersiapkan jentera menghadapi PRU-15, GAMIS melihat masih wujud kelompongan dalam kesepakatan antara parti Melayu yang mewakili komposisi terbesar negara ini.

- Advertisement -

Dengan wujudnya parti baru yang menambah pecahan dalam kumpulan pengundi, GAMIS melihat sangat penting pada saat ini untuk semua parti Melayu Islam jangan berpecah. Kekal fokus pada musuh sebenar kita iaitu ‘DAP’.

GAMIS melihat antara keutamaan besar yang perlu diberi penekanan oleh semua pihak selain daripada persiapan jentera ialah meningkatkan bilangan pengundi baru daripada golongan muda Melayu Islam.

GAMIS menyeru semua parti Melayu Islam untuk meninggalkan sikap egoistik dan agenda picisan yang membuatkan anak muda meninggalkan politik. Kita perlu berjiwa besar meletakkan kesejahteraan masyarakat umum sebagai keutamaan.

“Demi Islam, Mahasiswa Bangkit”

MOHD ZOFRIE ZULHILMIE RUSLEE,
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2020 – HARAKAHDAILY 24/8/2020

- Advertisement -