Lantik Pengerusi Perbadanan Labuan yang berintegriti

perbadanan
- Advertisement -

SETELAH empat bulan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerajui Malaysia, namun lantikan Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) masih belum terlaksana.

PAS Labuan telah mendapat makluman bahawa mantan Pengerusi PL zaman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan dilantik semula setelah empat kali melompat dari satu parti ke parti yang lain hingga terkini ke Parti BERSATU (PPBM).

- Advertisement -

PAS Labuan menyatakan pendirian dan menyokong calon Pengerusi Perbadanan Labuan diserahkan kepada calon anak tempatan yang penuh berintegriti, dipercayai serta mesra masyarakat.

PAS Labuan menentang sekeras-kerasnya individu melompat parti sesuka hati kerana inginkan jawatan dan kedudukan kerana hal ini benar-benar melanggar konsep integriti yang diperjuangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sekali lagi PAS Labuan dengan tegas memohon agar kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan diserahkan kepada warga tempatan yang berintegriti dan people preferred.

Ketegasan prinsip ini diambil kira demi kesejahteraan penduduk dan masa depan Labuan yang memerlukan komitmen dan ketelusan pemimpin.

JENO JAMIL
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Labuan – HARAKAHDAILY 27/7/2020

- Advertisement -