Temui hakikat Presiden PAS di sebalik fitnah PAN

PADA tahun 2018, selepas tamatnya PRU14, saya ‘join’ parti PAN, kerana pada masa itu saya ingin ‘join’ satu parti politik yang dekat dengan agama Islam. Saya ‘join’ parti PAN di Shah Alam.

Saya pun hadiri beberapa perjumpaan rasmi PAN. Walaupun PAN sudah menjadi kerajaan pada masa itu, daripada mereka membantu rakyat, PAN ini asyik kutuk Dato’ Seri Hadi Awang dan PAS saja.

Saya pun rasa pelik dan saya mula bertanya-tanya kepada pegawai-pegawai tinggi PAN dan kepada Menteri-menterinya, kenapa PAN takut sangat dengan PAS… yang cuma jadi pembangkang masa itu. Pelbagai jawapan tak logik mereka berikan kepada saya. Setelah saya juga ditipu hidup-hidup oleh Pegawai PAN, saya mula berfikir mengenai kejujuran PAN. Jadi saya bernekad untuk berjumpa dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang untuk mengetahui kisah yang benar.

Advertisement

Saya terperanjat bila saya sampai di rumah Dato’ Seri Hadi Awang. Rumahnya kecil, rumah papan sahaja. Tidak ada pegawai polis di depan rumah. Ada sebuah kereta proton Wira yang tua di tempat parking kereta. Di dalam rumahnya, hanya ada perabot-perabot yang biasa saja.

Dulu PAN kata PAS ambil duit RM100 juta dari Umno, jadi kenapa Presiden PAS hanya tinggal di rumah papan? Saya berborak dengan Dato’ Seri Hadi Awang mengenai tuduhan-tuduhan PAN terhadapnya.

Pendek cerita PAN adalah sebuah parti yang bukan-Islam. Mereka parti kaki fitnah, adik kepada parti DAP. Kepada ahli-ahli PAN, keluarlah dari parti itu… mereka akan bawa anda ke Neraka Jahanam. Kepada ahli-ahli PAN yang sumpah setia, terpulang pada anda untuk hentam saya. Ada aku kisah.

MURALI ABDULLAH – HARAKAHDAILY 25/6/2020

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=803528416845308&id=100015644712359

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.