JE dilaporkan berlaku di Pulau Pinang

je
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua kes Japanese Encephalitis (JE) telah didaftarkan dan dikenalpasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, demikian laporan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, semalam.

- Advertisement -

Berikutan itu, fasiliti kesihatan mengambil langkah waspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu khususnya di lokaliti dan amnya di daerah tersebut bagi membendung penularan wabak penyakit itu.

Pengesanan secara aktif menerusi kunjungan ke rumah-rumah dan mengenalpasti individu yang mengalami simptom neurologi seperti sakit kepala, tanda meningisme, pengsan, disorientasi, kekejangan dan lain-lain telah bermula sejak 12 Mei lalu.

“Memandangkan penyakit ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex, kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan larvasiding dan semburan kabus akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan.

“(Ini) bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan juga nyamuk dewasa,” ujar kenyataan itu bersama langkah-langkah diseru untuk menghentikan penularannya.

Negara pernah mencatat sejarah pada tahun 1999, apabila wabak JE telah menyebabkan lebih 50 mangsa meninggal dunia dan beratus-ratus babi dimusnahkan untuk mengawal jangkitan. – HARAKAHDAILY 25/6/2020

- Advertisement -